KUALA LUMPUR: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) hari ini menubuhkan Pasukan Tindak balas Kecemasan Pertahanan Awam (CDERT FAMA) bertujuan meningkatkan tahap kesedaran dan kesiapsiagaan kakitangan terhadap bencana khususnya bagi menghadapi musim tengkujuh.
FAMA menerusi kenyataan memaklumkan CDERT FAMA yang dirasmikan Ketua Pengarahnya Datuk Zainal Abidin Yang Razalli adalah selaras dengan Rangka Kerja Sendai Bagi Pengurangan Risiko Bencana 2015-2030 yang menekankan bahawa pengurangan risiko bencana merupakan tanggungjawab yang perlu dikongsi bersama, membudayakan latihan secara bersepadu, terencana dan berkesinambungan.
Menurut kenyataan itu, FAMA telah dilantik dan diberi tanggungjawab sebagai penyedia kit makanan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk disalurkan ke seluruh negara apabila berlaku bencana.
"Atas dasar ini kakitangan FAMA perlu dilatih dan diberikan kemahiran untuk membantu jabatan dan agensi berkuasa awam berkaitan dalam menyalurkan bantuan dan memberikan pertolongan kecemasan kepada kumpulan sasar yang terlibat.
"Latihan ini juga merupakan elemen (yang) dapat meningkatkan mutu penyampaian peranan FAMA sebagai agensi pelaksana pemantapan jaminan bekalan makanan semasa krisis dan bencana," menurut kenyataan itu.
CDERT FAMA dijalankan secara bersiri menerusi kerjasama Angkatan Pertahanan Awam (APM) dengan siri pertama latihan asas membabitkan seramai 40 orang kakitangan FAMA telah bermula pada 29 Nov lepas dan berakhir hari ini di Institut Latihan FAMA, Port Dickson, Negeri Sembilan.
FAMA memaklumkan pihaknya menyasarkan seramai 1,000 kakitangan akan menganggotai CDERT FAMA menjelang 2023 sebagai modal insan yang akan memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara.
"FAMA juga sentiasa bersedia untuk memberikan kerjasama sepenuhnya kepada APM bagi sebarang misi bencana dengan menyediakan perkhidmatan dan kemudahan FAMA serta mengalu-alukan panggilan dari APM sekiranya terdapat kakitangan FAMA yang layak untuk menyertai misi bencana bagi memanfaatkan ilmu dan latihan yang telah diperoleh," menurut kenyataan itu.
FAMA turut memaklumkan Zainal Abidin dianugerahkan pangkat Pegawai Kehormat APM yang membawa gelaran Penolong Pesuruhjaya Kehormat (PA) pada 24 Mac lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 05 2021

FAMA menubuhkan CDERT FAMA bertujuan meningkatkan tahap kesedaran dan kesiapsiagaan kakitangan terhadap bencana khususnya bagi menghadapi musim tengkujuh. - Foto: Facebook FAMA

MB Johor bidas dakwaan pembangkang pengagihan beras tidak telus
Beliau berkata proses penyerahan bantuan beras berkenaan kepada 903,000 ketua isi rumah di seluruh pelosok Johor akan memakan masa.

Sukan SEA: Hoe Yean hadiahkan dua perak, hampir raih emas
Skuad renang kebangsaan akhirnya berjaya menuai pingat pada temasya Sukan SEA ke-31.

Air laut pasang, laluan pejalan kaki tembok laut Padang Kota Lama ditutup sementara
Penutupan itu dibuat bermula petang Isnin selepas kejadian air pasang di kawasan tersebut dan demi keselamatan semua pihak.

Fadillah sah bertanding PRU15, pertahan kerusi Petra Jaya
Fadillah yang juga Ketua Whip GPS telah mewakili Petra Jaya selama empat penggal sejak memenangi kerusi itu kali pertama pada PRU11 2004.

PM hadir sambutan Aidilfitri Menteri KUSKOP
Kehadiran Perdana Menteri disambut gembira dan meriah para tetamu yang hadir dengan ada yang mengambil kesempatan bergambar bersama beliau.

Sukan SEA Hanoi | Malaysia seri 2-2 dengan Kemboja
Skuad bola sepak negara terlepas memegang status juara bagi Kumpulan B apabila skuad Harimau Muda mengikat perlawanan 2-2 dengan Kemboja dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Thien Truong, Nam Dinh pada Isnin.

Sukan SEA Hanoi | Rachel tuai emas kedua peribadi di Hanoi
Gimnas artistik wanita negara Rachel Yeoh Li Wen, terus menampilkan aksi terpuji apabila meraih emas kedua peribadi pada Sukan SEA ke-31 di Pusat Gimnasium Quan Ngua pada Isnin. Pencapaian cemerlang gimnas berusia 23 tahun itu dalam acara titian imbangan, sehari selepas meraih emas dalam acara palang bertingkat, pada Ahad.

Sukan SEA Hanoi | Nor Sarah cipta kejutan lompat bergalah
Atlet lompat bergalah wanita kebangsaan Nor Sarah Adi mencipta kejutan dengan merangkul pingat emas Sukan SEA di Stadium Nasional My Dinh, sekali gus menamatkan kemarau emas 11 tahun bagi Malaysia. Atlet berusia 22 tahun itu, yang sepatutnya hanya menyertai acara 4x100m wanita pada penampilan sulungnya di temasya dwitahunan itu, muncul juara selepas lompatan terbaik peribadinya dengan ketinggian 4 meter.

Gunung Suku | Aktiviti mendaki dihentikan sementara
Jabatan Perhutanan Negeri Perak akan menutup sementara kebenaran mendaki Gunung Suku dekat Hutan Simpan Bukit Kinta di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands. Pengarahnya Datuk Mohamed Zin Yusop berkata, ia berikutan keadaan berbahaya ketika ini susulan hujan lebat sehingga menyebabkan kejadian kepala air berlaku pada Ahad.

Lawatan UAE | Pertemuan hampir satu jam di Istana Mushrif
Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan berangkat bagi menghadap Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan dalam hari kedua lawatannya pada Isnin. Dalam pertemuan yang berlangsung di Istana Mushrif itu, baginda telah berkenan menyampaikan titah salam takziah kepada Presiden dan kerajaan UAE di atas kemangkatan bekas Presiden, Almarhum Sheikh Khalifa Zayed Al Nahyan.

Pindaan Akta FAMA pada sesi Parlimen Julai - Ronald Kiandee
Pindaan kepada Akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) 1965 akan dibawa ke sesi Parlimen pada Julai depan bagi membolehkan FAMA mengurus pemasaran komoditi ternakan tertentu.

Program Jualan Semarak Ramadan diteruskan di 82 outlet Fama
Program Jualan Semarak Ramadan akan diteruskan di 82 lokasi outlet FAMA di seluruh negara.

Pemborong terpaksa catu telur ayam
Langkah itu terpaksa dilakukan susulan stok daripada pembekal amat berkurangan berbanding sebelum ini.

FAMA sasar nilai jualan RM3.5 juta bagi program My Rakyat tahun ini
Program jualan My Rakyat dilaksanakan FAMA dengan sokongan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).

FAMA jangka harga sayur-sayuran stabil satu hingga dua bulan lagi
Harga sayur-sayuran dijangka stabil dalam tempoh satu hingga dua bulan lagi berikutan pelbagai usaha yang dijalankan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

FAMA jamin barangan keperluan termasuk ayam dijual pada harga berpatutan
Peniaga dan usahawan di bawah FAMA boleh memasarkan terus hasil pertanian mereka di pasar tani tanpa perlu melalui orang tengah.

FAMA tubuh CDERT hadapi musim tengkujuh
FAMA menubuhkan CDERT FAMA bertujuan meningkatkan tahap kesedaran dan kesiapsiagaan kakitangan terhadap bencana khususnya bagi menghadapi musim tengkujuh.

FAMA Terengganu jamin bekalan makanan mencukupi menjelang musim tengkujuh
Bekalan barangan basah, sayur-sayuran, buah-buahan serta produk industri asas akan dijual di 12 pasar tani.

FAMA catat nilai jualan RM312.51 juta dari Mei hingga September
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mencatat hasil jualan bernilai RM312.51 juta menerusi kesemua rangkaian outlet seliaan lembaga itu dari 25 Mei hingga 24 Sept lalu.

60 peratus pasar tani akan dibuka secara berperingkat
Sebanyak 60 peratus daripada 350 pasar tani di seluruh negara akan dibuka secara berperingkat sehingga akhir tahun ini.