Pelaburan langsung asing (FDI) negara meningkat kepada RM49 bilion iaitu peningkatan sebanyak hampir empat kali ganda bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lepas.
Menyifatkan peningkatan itu berada pada prestasi amat baik, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata ia sekali gus membuktikan ekonomi negara berada di landasan yang betul dan menunjukkan bahawa kerajaan bersungguh-sungguh mahu membebaskan negara daripada genggaman dan belenggu kleptokrasi.
"Kalau tahun lepas kira-kira 14 bilion, tapi tahun ini adalah 49 bilion, iaitu hampir empat kali ganda. Kalau kita lihat jumlah pelaburan dari luar negera, yang datang ke Malaysia untuk sembilan bulan pertama adalah amat memberangsangkan," kata Guan Eng.
Menurutnya, peningkatan memberangsangkan itu menunjukkan keyakinan dalam kalangan negara luar terhadap Malaysia di bawah kepimpinan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semakin meningkat.
"Itu satu tanda yang amat baik yang menunjukkan keyakinan luar negeri bertambah di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad yang bersungguh-sungguh mahu membersihkan nama Malaysia, mahu kembalikan Malaysia ke jalan yang betul, mahu beritahu dunia bahawa Malaysia sekarang mahu bebaskan diri daripada genggaman dan belenggu kleptokrasi dunia dan kini menjadi sebuah negara demokrasi yang sihat dan normal."
Guan Eng berkata demikian selepas merasmikan program Smart Green Community di tapak pertanian dalam bandar, di sini, pada Sabtu.
Tambah beliau, sungguhpun ekonomi negara dalam keadaan tenat, namun kerajaan akan terus berusaha bagi memastikan ekonomi negara berada di tahap memberangsangkan.
"Saya yakin dan lihat beberapa unjuran yang baharu. Tadi saya sebut dari sudut FDI kita naik, malah dalam laporan Bloomberg yang terbaharu, ekonomi antarabangsa di semua negara membangun... Malaysia nombor satu. Dan itu adalah satu prestasi yang baik.
"Sungguhpun kerajaan baru enam bulan, tapi masih boleh dapat tempat pertama. Tapi itu hanya permulaan. Kita masih jauh lagi untuk pulihkan ekonomi, tapi sekurang-kurangnya kita ada di landasan yang betul, kata Guan Eng.
Sehubungan itu, katanya, kerajaan memerlukan sekurang-kurangnya tiga tahun untuk membawa negara ini kembali ke pangkal jalan.
Astro Awani
Sat Dec 01 2018
GUAN ENG: Peningkatan memberangsangkan itu menunjukkan keyakinan dalam kalangan negara luar terhadap Malaysia di bawah kepimpinan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semakin meningkat. -Gambar fail
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa Jabatan Peguam Negara tarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
FDI meningkat hampir 4 kali ganda kepada RM49 bilion - Guan Eng
Ia sekali gus membuktikan ekonomi negara berada di landasan yang betul dan menunjukkan bahawa kerajaan bersungguh-sungguh mahu membebaskan negara daripada genggaman dan belenggu kleptokrasi.