Kerajaan negeri Selangor tidak pernah meluluskan penganjuran festival arak "Oktoberfest" di negeri itu, kata anggota exco kerajaan negeri Zaidy Abdul Talib hari ini.
Penganjuran itu dilihat sebagai tidak memahami sensitiviti masyarakat beragama Islam, kata beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Selangor.
"Tiada apa-apa kelulusan diberikan berkaitan dengan program ini, ia boleh digambarkan sebagai mencetus dan mencabar keharmonian yang sentiasa diterap dalam kerajaan Pakatan Rakyat Selangor," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Anggota exco bagi Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani Negeri itu berkata pihaknya telah meminta Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengambil tindakan tegas kepada pihak yang bertanggungjawab menaikkan papan iklan festival itu.
Semalam, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar melahirkan rasa kecewa apabila papan iklan festival itu dipasang di sekitar Shah Alam.
Festival arak itu telah bermula sejak 24 Sept lepas, di beberapa lokasi termasuk di Saujana Hotel Subang dan Berjaya Times Square Hotel.
Kemuncak pesta tersebut akan diadakan pada 10 hingga 12 Okt ini di pusat beli-belah One Utama, Petaling Jaya.
Bernama
Tue Oct 07 2014
Festival arak tidak pernah diluluskan - Exco Selangor
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Datuk antara 5 ditahan sindiket pemprosesan dadah, penyeludupan arak
Anggota penguat kuasa turut merampas dadah, arak dan beberapa kenderaan mewah dengan nilai keseluruhan RM10.3 juta.
Penjualan arak: Bantahan wakil rakyat Pas adalah wajar - Gerakan
Gerakan telah mendapat penjelasan yang adil daripada Muhammad Fawwaz berhubung tindakannya membantah promosi tersebut.
Majlis Islam Selatan Thailand bantah RUU berkaitan ganja, arak dan perkongsian sivil
Ahli Parlimen Yala menegaskan, pengecualian perlu dibuat bagi orang Islam Thailand sekiranya RUU itu diluluskan.
Serbuan kilang haram, PGA rampas arak bernilai RM1.2 juta
Sebanyak 603 liter cecair arak termasuk arak tiruan dianggarkan bernilai RM1.2 juta dirampas Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam menerusi tiga serbuan berbeza di sekitar Muar.
Pas tetap tidak setuju nama arak Timah - Idris
Pas tetap menolak penggunaan nama Timah terhadap arak jenama tempatan walaupun kerajaan membuat keputusan membenarkan penggunaan nama tersebut.
Pengeluar arak mohon tempoh seminggu untuk tukar nama 'Timah'
Syarikat pengeluar minuman beralkohol tempatan jenama 'Timah' mempertimbangkan untuk menukar nama dan imej pada label produk arak keluaran mereka.
Isu arak: 'Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai latar belakang agama, bangsa' - Kadir Jasin
Bekas Ahli MPT Bersatu itu mengulas mengenai kontroversi pengeluaran arak jenama tempatan 'Timah'.
Isu arak 'Timah': Idris setuju dengan gesaan Mufti Pulau Pinang
Idris berkata perkara sebegitu yang bersifat provokasi, selain penggunaan nama yang boleh menimbulkan kekeliruan terhadap masyarakat dan agama tidak sepatutnya berlaku di negara ini.
Arak jenama Timah bukan hasil produk kerajaan - Ahmad Marzuk
Ahmad Marzuk Shaary berkata adalah tidak wajar mengaitkan perkara tersebut dengan kerajaan.
Kilang, premis khusus jual arak tetap dilarang beroperasi ketika 'total lockdown' - KPDNHEP
Hanya kilang arak dan premis yang khusus menjual arak tidak dibenarkan beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Penuh.