awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir dibenar pulang bermalam di rumah
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Filem cetak rompak: Shopee sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa

Astro Awani
Astro Awani
03/08/2020
13:15 MYT
Filem cetak rompak: Shopee sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa
Penjual menerusi platform itu diminta untuk mematuhi garis panduan yang ditetapkan berdasarkan undang-undang negara ini.
Laman e-dagang, Shopee memandang serius sebarang pelanggaran undang-undang dan sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa berhubung penjualan bahan cetak rompak menerusi platform tersebut.
Menurut Pengarah Urusan Wilayah Shopee, Ian Ho dalam satu kenyataan, produk yang didapati menyalahi undang-undang serta melanggar polisi syarikat akan dibuang dalam senarainya.
"Shopee merupakan platform penjualan pihak ketiga yang menyenaraikan barangan mereka untuk dijual.
"Penjual di Shopee adalah individu atau perniagaan bebas yang tidak berkaitan dengan Shopee dan Shopee tidak mempunyai bahagian dalam membuat kandungan senarai.
"Shopee juga mempunyai polisi penyenaraian yang ketat dan hanya membenarkan penjualan produk dan perkhidmatan yang bersesuaian dengan undang-undang di Malaysia," katanya.
BACA: Finas kecewa platform e-dagang jual filem cetak rompak, 'Keluarga Iskandar' antara mangsanya
BACA: Jual filem cetak rompak: KPDNHEP boleh arahkan laman e-dagang turunkan kandungan
BACA: MCMC akan sekat platform e-dagang jual produk cetak rompak
Pada masa sama, tambahnya penjual yang didapati melanggar polisi Shopee akan diharam menggunakan platform e-dagang terbabit.
Mengulas penjualan filem cetak rompak ‘Ada Apa Dengan Dosa’ dan ‘Keluarga Iskandar The Movie’, Shopee memaklumkan pihaknya sudah memadamkan pautan berkenaan.
Langkah menyenarai hitamkan kata kunci berkaitan filem yang berkaitan turut diambil bagi menghalang sebarang usaha jual beli bahan berkenaan.
Topic Berkaitan
#Ada Apa Dengan Dosa
#Cetak rompak
#E-dagang
#Ian Ho
#Keluarga Iskandar The Movie
#Pengarah Urusan Wilayah Shopee
#penjual
#senarai jualan
#Shopee
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan