awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Filem 'He Named Me Malala' jadi inspirasi kepada golongan wanita

Kohilah Sekaran
Kohilah Sekaran
06/11/2015
06:29 MYT
Filem 'He Named Me Malala' jadi inspirasi kepada golongan wanita
Menarik perhatian dunia hari ini ialah, sebuah filem dokumentari He Named Me Malala, yang dikeluarkan berdasarkan kisah sebenar Malala yang merupakan seorang aktivis.
PENERIMA Anugerah Keamanan Nobel 2014, Malala Yousafzai, 18, dikenali sejak kisah dirinya yang ditembak oleh Taliban di Pakistan kerana lantang memperjuangkan akses pendidikan kepada golongan perempuan.
Walaupun mendapat kecederaan teruk di bahagian kepalanya, Malala berjaya diselamatkan dan kini beliau menjadi simbol dunia dalam perjuangan kanak-kanak serta golongan wanita yang tidak dapat menikmati akses pendidikan.
Menarik perhatian dunia hari ini ialah, sebuah filem dokumentari ‘He Named Me Malala’, yang dikeluarkan berdasarkan buku biografi Malala, 'I Am Malala'.
Diarahkan oleh pengarah Davis Guggenheim, He Named Me Malala merupakan sebuah filem dokumentasi animasi yang mengisahkan perjalanan Malala daripada seorang pelajar kepada seorang ikon antarabangsa.
Filem itu akan ditayangkan di pawagam di beberapa negara mulai hari ini.
Dalam satu sesi soal dan jawab bersama Duta Hak Wanita Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu, Emma Watson ketika tayangan perdana filem dokumentari itu di Festival Filem Into, Malala mengakui betapa ucapan Emma berkenaan feminisme pada tahun lepas telah mengubah fikirannya.
Kata-kata itu menjadi inspirasi untuk Malala terus berjuang demi golongan wanita di dunia ini.
Menurut Malala, beliau pada mulanya menyangka feminisme adalah satu perkataan yang 'rumit' tetapi kini beliau percaya semua wanita patut menjadi seorang feminis.
Today I met Malala. She was giving, utterly graceful, compelling and intelligent. That might sound obvious but I was...
Posted by Emma Watson on
Malala juga telah melancarkan kempen #BooksNotBullets yang menggalakkan pemimpin untuk memberi lebih dana kepada pendidikan berbanding tentera.
Topic Berkaitan
#He named me Malala
#Malala Yousafzai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan