JAKARTA: Firefly melancarkan laluan antarabangsa baharu yang menghubungkan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Iskandar Muda (BTJ) di Banda Aceh, Indonesia.
Penerbangan FY3510 mula menggunakan laluan baharunya semalam ketika ia berlepas dari PEN pada 10:50 pagi waktu tempatan dan tiba pada 11:10 pagi di BTJ, menggunakan pesawat Boeing 737-800, kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan.
Syarikat penerbangan di bawah Kumpulan Penerbangan Malaysia (MAG) itu akan mengendalikan perkhidmatan dua kali seminggu ke BTJ dari PEN dan sebaliknya, berlepas pada hari Isnin dan Jumaat melalui penerbangan FY3510 dan FY3511.
Kekerapan perkhidmatan akan meningkat secara beransur-ansur kepada empat kali seminggu mulai Disember tahun ini, sebagai sebahagian daripada strategi pengembangan rangkaian di seluruh ASEAN, katanya.
Majlis sambutan telah diadakan di BTJ dengan kehadiran ketua jualan global MAG Roslan Ismail, manakala pasukan pengurusan Firefly adalah antara penumpang yang menyertai penerbangan sulung itu.
"Kami menjangkakan kemasukan pelancong perubatan dan percutian yang tinggi," kata Ketua Pegawai Eksekutif Firefly Philip See sambil menambah ini akan lebih memudahkan masyarakat Aceh untuk mengunjungi keluarga dan teman-teman mereka.
Mereka juga boleh mendapatkan rawatan perubatan daripada pusat perubatan yang ditubuhkan, meneroka warisan Pulau Pinang dan membolehkan pelajar mendaftar di universiti dan kolej Malaysia yang diiktiraf antarabangsa, katanya.
Sementara itu, Ketua Pelancongan dan Kebudayaan Aceh Almunizar Kamal berkata laluan itu mampu membantu memacu pertumbuhan pelancongan kedua-dua belah pihak, Aceh dan Pulau Pinang.
"Aceh, yang terletak di barat laut Indonesia, terkenal dengan pelancongan pantai yang menarik, bangunan pelancongan bersejarah, kulinari istimewa dan kopi. Ini akan menjadi tarikan hebat untuk pelancong," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 07 2022
Penerbangan FY3510 menggunakan pesawat Boeing 737-800 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada 10:50 pagi 7 Nov dan tiba pada 11:10 pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Iskandar Muda, Banda Aceh. - Foto Firefly
X kini beralih kepada domain X.com, tidak lagi guna jenama Twitter
https://amanz.my/2024454834/
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Gerakan JI di negara ini masih terkawal - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberi jaminan gerakan Jemaah Islamiyah (JI) di negara ini masih terkawal.
iPhone 17 Slim dijangka hadir dengan rekaan kamera belakang di bahagian atas-tengah
iPhone 17
Filem baharu Mawi kupas kisah penyakit misteri Ustaz Kazim
Semasa penggambaram filem Zim Zim Ala Kazim, penyakit misteri Ustaz Kazim datang balik, darah keluar dari kulit badan penceramah itu.
Tiada bekalan perubatan diterima di Gaza selama 10 hari - WHO
Penutupan lintasan Rafah ke Gaza oleh Israel telah menyebabkan "situasi yang sukar."
[TERKINI] Tujuh individu direman di IPD Seri Alam
Tujuh individu, termasuk lima ahli keluarga suspek, akan direman di IPD Seri Alam bagi membantu siasatan serangan di Balai Polis Ulu Tiram. Dua anggota polis maut dalam kejadian tersebut.
[TERKINI] Penyerang tiada agenda besar, bertindak sendirian – Saifuddin
Suspek utama yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram di sini pada Jumaat, hingga menyebabkan kematian dua anggota polis, didapati tidak mempunyai motif atau agenda yang lebih besar, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Ibu bapa menabung bolehkan 8 sekeluarga tunai haji bersama
Bagi musim haji 1445H/2024M, kehadiran lapan sekeluarga termasuk lima beradik mendapat rezeki mengerjakan haji serentak disumbang hasil perancangan serta simpanan wang selama lebih 18 tahun oleh ibu bapa mereka, yang berhajat mahukan semua anaknya menunaikan haji di usia muda.
[LAPOR LANGSUNG] Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 7 individu termasuk warga Singapura direman 7 hari
Tujuh individu termasuk seorang warga Singapura yang dipercayai terlibat dalam insiden serangan Balai Polis Ulu Tiram, direman tujuh hari.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 7 individu termasuk warga Singapura direman 7 hari
Tujuh individu yang dipercayai terlibat dalam insiden serangan Balai Polis Ulu Tiram, direman selama tujuh hari hingga 24 Mei.
Kembara, teroka dunia dengan kempen terbaharu Malaysia Airlines dan Firefly
Hadir merentas 21 pasaran hingga 22 Mei 2024, sama ada destinasi dekat mahupun jauh, sambar peluang untuk meneroka keindahan dunia dengan Hospitaliti Malaysia.
MAG tawar penerbangan tambahan bagi tempoh perjalanan semasa Hari Raya Aidiladha
Ia akan mengadakan 37 penerbangan tambahan bagi Malaysia Airlines dan enam penerbangan tambahan bagi Firefly.
Firefly sambung semula penerbangan harian Pulau Pinang-Medan dengan pesawat Boeing
Firefly menyambung semula penerbangan hariannya di antara Pulau Pinang dan Medan menggunakan pesawat Boeing 737-800 yang baru diubah suai dengan 189 tempat duduk.
Firefly lancar penerbangan terus Pulau Pinang-Banda Aceh
Syarikat penerbangan itu akan mengendalikan perkhidmatan dua kali seminggu ke BTJ dari PEN dan sebaliknya.
45,879 rakyat berpeluang tebus e-baucar pengangkutan udara
Seramai 45,879 rakyat Malaysia berpeluang menebus e-baucar bernilai RM25 hingga RM100 bagi pembelian tiket penerbangan domestik secara dalam talian sehingga hujung tahun ini.
Firefly lancar penerbangan terus dari P. Pinang ke Kuching
Firefly melancarkan penerbangan terus dari Pulau Pinang ke Kuching bermula hari ini.
Firefly mulakan semula operasi penerbangan dari hab Pulau Pinang 11 April ini
Pelanggan boleh mendapatkan tambang serendah RM69 sehala dengan penerbangan pesawat Malaysia Airlines Boeing 737-800.
Baucar penerbangan, jimat bajet percutian
Ini peluang anda dapatkan baucar diskaun penerbangan dan melancong ke tempat-tempat menarik dalam negara!
Malaysia Airlines, Firefly tawar tambang murah percutian ke Langkawi
MAG berkata pelanggan yang lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19 dapat memulakan percutian mereka dengan tambang Economy Lite Malaysia Airlines serendah RM89.
SOP ketat tetap dilaksanakan walaupun penerbangan bertambah
Prosedur operasi standard (SOP) ketat tetap dilaksanakan walaupun terdapat pertambahan dalam penerbangan domestik.