KUALA TERENGGANU: Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengarahkan pengasas dan editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown, hadir ke mahkamah dalam pengurusan kes rayuannya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara dua tahun atas kesalahan memfitnah Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah.
Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani mengarahkan perkara itu, ketika prosiding pertama pengurusan kes rayuan hari ini membabitkan wanita warganegara Britain itu, yang disabitkan bersalah mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan oleh Mahkamah Majistret, di sini pada 7 Feb lepas.
"Perayu tidak hadir?" soal Hassan kepada peguam Guok Ngek Seong yang mewakili Rewcastle-Brown, sebelum Guok mengesahkan perkara itu.
Guok berkata menerusi notis rayuan yang dikemukan pada 8 Feb, pihaknya juga memohon untuk melakukan revision of power bagi kes berkenaan, kerana mendakwa keputusan Mahkamah Majistret sebelum ini adalah null and void, selain belum menerima rekod rayuan daripada Mahkamah Majistret.
Guok kemudian meminta untuk pengurusan kes seterusnya dijalankan secara dalam talian, kerana beliau berada di ibu negara serta mempunyai kesukaran untuk mendapatkan peguam di sini.
Selain itu, Rewcastle-Brown juga dalam permohonan sebelum ini merayu untuk tidak hadir semasa pendengaran rayuan tersebut.
"Saya arahkan hadir ke mahkamah. Tiada zoom ke apa-apa, pastikan perayu hadir ke mahkamah sekali," kata Hassan sebelum menetapkan 6 Jun untuk pengurusan kes seterusnya.
Pada 7 Feb, Mahkamah Majistret di sini menjatuhi Rewcastle-Brown hukuman penjara dua tahun selepas didapati bersalah atas pertuduhan memfitnah Sultanah Nur Zahirah, di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan.
Rewcastle-Brown yang beralamat di London, United Kingdom didakwa telah menulis sebuah buku bertajuk The Sarawak Report-The Inside Story of 1MDB Expose, yang didakwa mengandungi tohmahan terhadap Sultanah Terengganu.
Tohmahan seperti yang digariskan iaitu the wife of the Sultan terhadap Sultanah Terengganu pada muka surat tiga, perenggan keempat dan baris ketujuh itu merupakan suatu fitnah yang diketahui Rewcastle-Brown akan merosakkan nama Sultanah Nur Zahirah.
Dia dituduh melakukan perbuatan itu pada 8 pagi, 14 Sept 2018 di Lot 60048, Taman Chendering Utama, di sini mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 07 2024
Mahkamah Tinggi mengarahkan Rewcastle-Brown, hadir ke mahkamah dalam pengurusan kes rayuannya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara dua tahun atas kesalahan memfitnah Sultanah Nur Zahirah. - Gambar fail
Bulan pemutihan PERKESO dilanjut hingga 30 Jun
Tempoh pendaftaran dan caruman pekerja dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sempena Bulan Pemutihan yang berakhir esok dilanjutkan selama sebulan lagi hingga 30 Jun ini, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.
Kawasan rumah tidak lagi sama, tiada lagi senyuman - penduduk
Seorang penduduk Palestin, Ikram Al Ham menzahirkan kesedihan melihat kawasan perumahannya di Khan Younis, Gaza tidak lagi sama seperti dahulu selepas rejim Israel membedil kawasan itu sehingga musnah.
Penduduk Chicago berhimpun bantah serangan kejam Israel
Ratusan penduduk berarak di Chicago untuk membantah serangan kejam Israel di bandar Rafah pada Rabu.
Malaysia kekal tempat pertama destinasi utama pelancong Muslim 2024
Malaysia terus mengekalkan kedudukan teratas untuk kali kesembilan dalam laporan Indeks Perjalanan Global Muslim (GMTI) 2024 oleh Crescentrating dan Mastercard yang dikeluarkan pada Khamis.
IWK sasar hasil tenaga solar 21,500 MWh menjelang 2027
Indah Water Konsortium (IWK) menyasarkan penghasilan tenaga solar sebanyak 21,500 MWh setahun menjelang 2027.
Penuntut universiti luar negara lebih faham, aktif sebar
Penuntut universiti di negara barat dilihat lebih aktif dan konsisten menganjurkan demonstrasi membantah serangan Israel kerana memiliki pemahaman lebih mendalam mengenai kekejaman rejim Israel termasuk membentuk generasi prihatin terhadap isu-isu Palestin.
FIFA lakukan penilaian penambahbaikan stadium di Indonesia
Badan induk bola sepak dunia itu berkata satu delegasi pakar melawat dan menilai lapan stadium berkenaan sebagai sebahagian daripada Memorandum Persefahaman (MoU) FIFA dengan Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI).
Seorang maut selepas terperangkap dalam enjin jet KLM
Seorang individu maut selepas terperangkap di dalam enjin jet penerbangan KLM petang Rabu di Lapangan Terbang Amsterdam Schiphol.
Gunung Marapi di Sumatera Barat meletus
Gunung Marapi di Sumatera Barat meletus pada Khamis, memuntahkan abu mencecah sehingga 2,000 meter dari kawah gunung
Pegawai penguat kuasa terlibat seludup sisik tenggiling akan didakwa esok - SPRM
Seorang pegawai penguat kuasa yang terlibat dalam sindiket penyeludupan dan pelupusan sisik tenggiling antarabangsa melalui pintu masuk negara akan didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor, pada Jumaat.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 30 Mei 2024.
Najib tidak pernah ambil tindakan terhadap pihak pengurusan 1MDB - Pegawai penyiasat
Najib tidak mengambil sebarang tindakan terhadap pihak pengurusan 1MDB walaupun terdapat banyak tanda amaran yang ditunjukkan oleh mereka semasa berkhidmat dalam syarikat pelaburan strategik itu.
Bicara 1MDB babit Najib selesai hari ini
Pihak pendakwaan menutup kes berkenaan sejurus semua 50 individu selesai memberi keterangan terhadap bekas Perdana Menteri berkenaan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 29 Mei 2024.
Pelaburan 1MDB tidak bawa keuntungan - Pegawai penyiasat
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa pelaburan yang dibuat oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak membawa sebarang keuntungan.
Najib cuba sekat siasatan SPRM terhadap 1MDB - Saksi
Mahkamah diberitahu Datuk Seri Najib Tun Razak telah cuba menyekat siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap 1MDB.
Jho Low catur operasi 1MDB - Saksi
Penyiasat SPRM bersetuju di Mahkamah Tinggi bahawa Jho Low mencatur semua operasi dalam syarikat 1MDB.
1MDB, pegawai bank tidak pernah bersubahat tipu Najib - Saksi
Pengurusan 1MDB dan beberapa pegawai bank tidak pernah bersubahat untuk menipu Najib serta rakyat Malaysia berhubung pelaburan syarikat itu, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.
Saman AS$346 juta 1MDB: Rosmah perlu fail pernyataan pembelaan sebelum 4 Julai
Datin Seri Rosmah Mansor perlu memfailkan pernyataan pembelaan terhadap saman US$346 juta yang difailkan oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan 10 syarikat lain berhubung pembelian barangan mewa
1MDB saman Patrick Mahoney, tuntut bayar semula wang US$1.83 bilion
1MDB memfailkan saman terhadap Patrick Mahoney bagi menuntutnya membayar semula wang berjumlah US$1.83 bilion kerana didakwa telah membantu beberapa individu berhubung penyelewengan dana 1MDB.