Usaha meroboh baki lima buah Flat Pekeliling Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tertangguh sejak akhir 2006 dimulakan hari ini dan memakan masa dua tahun.
Pengurus Projek Chang Chergn Demolation Specialist, Ong Hock Seng berkata, tempoh itu diperoleh selepas purata masa sebuah bangunan mengambil masa kira-kira empat bulan untuk dirobohkan.
``Kita akan menggunakan konsep 'Top Down' dalam usaha merobohkan baki lima bangunan berkenaan iaitu memecahkan satu persatu dan menghancurkan konkrit bermula dari atas.
``Kita akui ia tetap mempunyai risiko namun lebih murah dan jauh lebih selamat jika dibandingkan penggunaan bahan letupan atau dinamit,'' katanya kepada pemberita selepas majlis sesi taklimat meroboh Flat Pekeliling di sini.
Jelas Hock Seng, dua jengkaut seberat 11 tan setiap satu akan diangkat ke puncak Flat Pekeliling menggunakan kren yang mempunyai kapasiti 300 tan.
``Kita sudah mengkaji dan mendapati flat ini mempunyai tangki air yang mempunyai kapasiti berat yang sama dengan jengkaut yang dibawa naik. Jadi jika ada yang bertanya bagaimana jengkaut itu hendak dibawa naik, jawapannya kita tidak mempunyai masalah dengan berat yang bakal dihadapi,'' ujarnya.
Projek merobohkan Flat 17 tingkat berdekatan Bulatan Pahang di Jalan Tun Razak yang tertangguh sejak akhir 2006, akhirnya dimulakan.
Sebelum ini, bangunan yang berusia 47 tahun itu sepatutnya diruntuhkan pada awal tahun 2010.
Ia sekali gus mencemarkan nama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana dikatakan tidak berbuat apa-apa terhadap beberapa aduan yang dikemukakan oleh orang awam berkaitan dengan isu keselamatan.
Kawasan Flat Pekeliling yang turut dikenali sebagai Flat Tunku Abdul Rahman akan dirobohkan dalam usaha membangunkan projek perumahan bercampur Tamansari bernilai RM1.5 bilion.
Ia dijangka siap dalam tempoh 10 tahun dan akan dibangunkan oleh Asie Sdn. Bhd.
Sementara itu, tinjauan mendapati permulaan projek merobohkan flat yang terletak di kawasan utama berhampiran dengan terminal bas dan stesen monorel mendapat sokongan masyarakat.
Kebanyakan yang ditemui bersyukur sekali gus menghentikan trauma orang ramai terhadap kejadian jenayah yang pernah berlaku di lokasi berkenaan.
Wan Syamsul Amly
Wed Jan 22 2014
Modul pemulihan akidah pengikut GISB telah siap
Modul silibus bagi pemulihan akidah pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) yang dibangunkan oleh jawatankuasa khas telah disiapkan.
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
Lelaki direman bantu siasatan penemuan mayat wanita
Polis Kuching menahan reman seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah kereta di Jalan Tabuan Jaya, Kuching pada Sabtu malam
10 pemain berlatih di Akademi Badminton Malaysia
Selepas hampir tujuh bulan berlangsung, akhirnya Astro Kem Badminton sudah sampai ke Grand Finale.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang habuan RM445,089
Jaguh beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei hampir melakar sejarah untuk bergelar juara namun ditewaskan oleh pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dalam aksi akhir Badminton Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou pada Ahad.
Kejadian berlaku berhampiran Tol Wangsa Maju
Sebuah kereta mewah hangus dalam kebakaran di Lebuhraya SPE, sebelum Hentian Tol Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
UMNO tidak terima atau benarkan ahli parti
UMNO tegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lepas.
DBKL lanjut tempoh permohonan tapak bazar Ramadan
Ia bagi memberi peluang kepada lebih ramai penjaja yang berkelayakan untuk mengambil bahagian.
Isu papan tanda: Penguatkuasaan dilaksana untuk pastikan peraturan dipatuhi - Dr Zaliha
Tindakan penguatkuasaan terhadap papan tanda premis perniagaan yang tidak menepati undang-undang dibuat bukan atas desakan mana-mana pihak atau individu.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
Papan tanda: Tindakan penguatkuasaan untuk pastikan peniaga patuhi peraturan - DBKL
DBKL menegaskan tindakan penguatkuasaan peraturan papan tanda yang dijalankan di sekitar ibu negara baru-baru ini bertujuan memastikan premis perniagaan mematuhi undang-undang kecil yang ditetapkan.
DBKL potong bekalan air penduduk PA, PPR culas bayar sewa
DBKL akan melaksanakan operasi pemotongan bekalan air terhadap penyewa Perumahan Awam (PA) dan Program Perumahan Rakyat (PPR) yang culas membayar tunggakan sewa.
VMS, papan iklan LED DBKL papar status cuaca mulai esok - Dr Zaliha
Langkah proaktif itu bagi memastikan rakyat dapat bersedia dan mengambil langkah awal kemungkinan berlaku bencana banjir kilat.
Sebahagian Jalan Masjid India terlibat insiden tanah jerlus dibuka semula
Kawasan ground zero berhampiran Wisma Melayu masih ditutup untuk kerja-kerja pembaikan yang dijangka selesai menjelang hujung Disember 2024.
DBKL kenal pasti lokasi, bantu golongan belia mula perniagaan
DBKL telah mengenal pasti beberapa lokasi berpotensi untuk membantu golongan belia memulakan perniagaan di sekitar ibu negara.
Satu taman, RM1 juta untuk hijaukan Kuala Lumpur - Datuk Bandar KL
RM1 juta akan diperuntukan untuk membuka taman di sekitar Kuala Lumpur sebagai usaha menghijaukan kota raya berkenaan.
Cadangan bangunkan CUT perlu diteliti - Datuk Bandar KL
Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif berkata, pihaknya perlu mengkaji dengan mendalam mengenai teknologi itu secara menyeluruh.