awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPM, KPT teliti aspek teknikal pelaksanaan wajib Bahasa Melayu, Sejarah
Kadar zakat fitrah N.Sembilan RM7.50, RM12 dan RM20 - MAINS
JBPM beku 80 peratus cuti pegawai, anggota pastikan kesiapsiagaan di tahap tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Flat Sri Labuan akan dirobohkan, rumah mampu milik akan dibangunkan di tapak asal

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
26/03/2021
13:13 MYT
Flat Sri Labuan akan dirobohkan, rumah mampu milik akan dibangunkan di tapak asal
Penduduk di Flat Sri Labuan akan berpindah ke Residensi Razakmas 2 dan tapak asal flat itu akan dibangunkan dengan projek rumah mampu milik yang lain.
KUALA LUMPUR : Tapak Flat Sri Labuan di Cheras yang mula diduduki sejak tahun 1980-an akan dirobohkan dan dibangunkan semula mengikut perancangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, pihak berkaitan kini sedang merancang untuk membina rumah mampu milik di tanah berkenaan.
“Jadi kita ada kira-kira 10 ekar tanah di kawasan ini yang harus dirobohkan selepas ini dan lebih banyak rumah mampu milik akan dibina di kawasan ini.
“Kami jangkakan sebanyak 3,000 unit rumah (bakal dibina). Mengambil kira 300 unit untuk satu ekar, tanah ada 10 ekar, sepatutnya boleh dibina lagi 3,000 unit rumah mampu milik,” katanya.
Menurutnya, projek pembangunan semula itu akan berjalan secara berperingkat.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Kunci Residensi Razakmas2 di sini pada Jumaat.
Tan Sri Annuar Musa berkata, pihak berkaitan kini sedang merancang untuk membina rumah mampu milik di tanah berkenaan.
Residensi Razakmas2 kini sudah siap dibina dan sedia untuk diduduki.
Seramai 395 pemilik rumah menerima rumah Residensi Razakmas2 secara percuma manakala 245 penyewa ditawarkan pemilikan rumah dengan harga subsidi RM198,000.
Rumah berkeluasan 805 kaki persegi itu dilengkapi tiga bilik tidur, dua bilik air dan turut dilengkapi pelbagai kemudahan seperti tempat letak kereta berbumbung, dewan serbaguna dan taman permainan.
Projek yang pernah tertangguh selama 10 tahun itu kini dianggarkan bernilai sekitar RM300,000.
Perumahan | Majlis penyerahan kunci rumah projek Razakmas2
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyempurnakan gimik penyerahan kunci kepada 10 penerima sebagai simbolik penyerahan rumah berkenaan kepada penerima pada Jumaat.
Dalam pada itu, Annuar berkata, pihaknya memberi bantuan dalam bentuk kewangan kepada pemilik rumah bagi membantu meringankan beban mereka ketika berpindah.
“Kita beri RM3,000 bagi rumah satu bilik manakala untuk rumah dua bilik, kita berikan mereka RM7,000 sebagai sumbangan membantu proses pemindahan,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#Annuar Musa
#Sri Labuan
#flat
#Tan Sri Annuar Musa
#DBKL
#Kuala Lumpur
#Cheras
#roboh
#rumah mampu milik
#Muhyiddin Yassin
#Perdana Menteri
#subsidi
#menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan