KUALA LUMPUR: Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) menggesa kewujudan "agensi juara tunggal" untuk mengendalikan hal-hal mengenai Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).
Gesaan daripada FMM itu dibuat selepas kerajaan mengumumkan pada Khamis bahawa ia akan menangani isu ketidakpadanan bakat dalam program TVET dengan menubuhkan jawatankuasa khas Kabinet.
Presidennya Tan Sri Soh Thian Lai berkata "bagi memacu hala tuju dan kecekapan TVET untuk mengatasi perpecahan semasa, kerajaan mesti menyelaraskan latihan dan kelayakan serta membina jenama dan pengiktirafan TVET yang antara lain sebagai kerjaya pilihan pelajar dan ibu bapa."
Beliau berkata FMM bersetuju dengan saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) meningkatkan penglibatan dan kerjasama mereka dalam usaha mempergiatkan TVET. "Malah, lebih penting lagi TVET harus diterajui oleh industri bagi memastikan kursus yang diajar relevan dan memenuhi permintaan industri," katanya dalam satu kenyataan.
Bagaimanapun, Soh berkata industri keliru dengan pengumuman penubuhan jawatankuasa khas Kabinet dan cara ia mempengaruhi peranan yang telah dimainkan oleh Majlis TVET Negara (MTVET) dan Badan Koordinasi TVET Kerajaan-Industri (GITC).
GTIC adalah satu inisiatif di bawah MTVET untuk meningkatkan kerjasama kerajaan-industri dalam ekosistem TVET melalui penubuhan platform tunggal yang diterajui industri bagi menyelaras dan memudahkan input industri kepada penggubal dasar dan institusi.
"Ia (GTIC) telah menjadi faktor kejayaan kritikal yang diusahakan oleh MTVET untuk meningkatkan kerjasama institusi-industri dari segi pembangunan kurikulum, penyelidikan, perkongsian sumber, teknologi dan kepakaran yang membentuk salah satu teras strategik MTVET, iaitu industri memacu TVET," katanya.
Bagaimanapun, Soh berkata "tidak ada kejelasan pada dilema semasa mengenai masa depan MTVET dan GITC serta dasar TVET oleh kerajaan baharu."
"Selain itu, tiada penglibatan dengan rakan kongsi kritikal yang terlibat dalam inisiatif berterusan di bawah MTVET termasuk pihak berkepentingan industri kritikal dan ini sedikit sebanyak menyebabkan kesedihan dan kekecewaan dalam kalangan pihak yang terlibat, termasuk FMM," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 04 2023
Soh Thian Lai berkata kerajaan mesti menyelaraskan latihan dan kelayakan serta membina jenama dan pengiktirafan TVET. - Foto fail/BERNAMA
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
Harta intelek: Ada kesedaran tapi masih ada yang suka curi dan ciplak
Senario menciplak yang masih berleluasa berpunca daripada sikap masyarakat yang menyokong barangan ciplak.
AWANI Pagi: Tembusi Gerbang TVET Premier Negara dengan GMI
Diskusi bersama Ahmad Solihin Mohamed Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) German-Malaysian Institute (GMI) dan dua alumni GMI, Muhammad Ashraff Mohamed Haniffah dan Raja Nur Athirah Raja Sharul Zaman, mengenai potensi pembelajaran dan kerjaya dalam TVET ditawarkan di GMI.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Bangun aplikasi penstriman digital TV di Ipoh seperti Netflix - Datuk Bandar
Idea itu kelak akan direalisasikan menerusi kerjasama MBI dan syarikat di bawah naungan Afdlin Shauki.
Keluarga mohon bantuan kesan anak dikhuatiri hilang
Anak kedua daripada empat beradik itu dilihat keluar dari rumah pada 20 Feb lalu, kira-kira jam 10.30 pagi dengan menaiki motosikal.
Piala Asia B-23: Indonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024
Penjaga gol Garuda Muda, Ernando Ari muncul wira selepas menafikan dua sepakan penalti bagi mengakhiri cabaran Young Taegeuk Warriors.
Ekonomi Malaysia bakal pulih dengan sokongan eksport - FMM
Data PMI memberi isyarat bahawa aktiviti pembuatan kembali rancak dan berada di landasan untuk mencatatkan pemulihan beransur-ansur.
FMM syor kerajaan tubuh majlis MADANI perkukuh kerjasama sektor awam-swasta
Presiden FMM Tan Sri Soh Thian Lai berkata langkah itu akan membantu menyelaraskan usaha negara dengan nilai-nilai MADANI yang diperjuangkan oleh Perdana Menteri.
Peningkatan Malaysia dalam senarai pemantauan pemerdagangan orang mudahkan akses pasaran antarabangsa - FMM
Laporan TIP tahunan Jabatan Negara AS yang dikeluarkan minggu lepas menyaksikan Malaysia naik kepada Senarai Pemantauan Tahap 2 daripada Tahap 3 sebelum ini.
FMM akan bekerjasama dengan China dalam pelbagai bidang
FMM akan bekerjasama dengan CCPIT dan CCOIC untuk memperkukuh hubungan perniagaan serta kerjasama antara Malaysia dan China.
Pembekuan permohonan pekerja asing akan jejas produktiviti negara - FMM
Pembekuan permohonan pekerja asing akan menjejaskan produktiviti dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara, kata FMM.
Tiada komitmen dari EU mengenai kebimbangan terhadap peraturan penebangan hutan - MPOC
MPOC akan terus dapatkan penglibatan dalam EUDR, dan bekerjasama dengan rakan kongsi untuk menentang diskriminasi terhadap minyak sawit.
FMM gesa sistem lebih baik mohon dana, geran dan insentif berkaitan IR4.0
Thian Lai berkata ini bagi meningkatkan kecekapan selain memastikan lebih banyak syarikat mengambil bahagian dan memohon insentif kewangan berkaitan IR4.0.
Kerajaan perlu bertindak segera tingkatkan daya saing PKS - FMM
Thian Lai berkata Belanjawan 2023 yang disemak semula perlu memberi tumpuan kepada bidang berkenaan demi ekonomi negara dan dinamisme perniagaan.
FMM gesa kewujudan 'agensi juara tunggal' mengenai TVET
Kerajaan mesti menyelaraskan latihan dan kelayakan serta membina jenama dan pengiktirafan TVET.
FMM gesa tambah baik dasar perdagangan
FMM berpendapat Malaysia masih boleh menawarkan syarikat baharu kemasukan dan batu loncatan ke dalam pasaran ASEAN.