awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Format peperiksaan SPM 2020 kekal - Lembaga Peperiksaan

Bernama
Bernama
08/02/2021
06:04 MYT
Format peperiksaan SPM 2020 kekal - Lembaga Peperiksaan
Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) hari ini menegaskan format peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 kekal seperti sedia ada. - Gambar hiasan/BERNAMA
PUTRAJAYA:Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) hari ini menegaskan format peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 kekal seperti sedia ada.
Dalam satu kenyataan hari ini, LPM memaklumkan laporan sebuah akhbar berkaitan perubahan format peperiksaan SPM pada masa hadapan adalah tidak benar dan LPM tidak pernah membuat sebarang pengesahan berhubung perkara tersebut.
Menurut LPM, tajuk dan laporan akhbar itu berbahasa Melayu itu telah menimbulkan banyak kekeliruan kepada orang ramai khususnya kepada calon peperiksaan SPM 2020.
"Sekiranya terdapat sebarang perubahan kepada format peperiksaan SPM dan sistem pentaksiran, LPM akan memaklumkan secara rasmi kepada orang ramai," menurutnya dalam kenyataan itu di sini hari ini.
Akhbar berkenaan pada 7 Feb telah menyiarkan laporan "Wajah Baharu SPM" di muka hadapan, "SPM Bakal Dirombak" di muka surat dua dan "Peperiksaan Boleh Buka Buku" di muka surat tiga.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sijil Pelajaran Malaysia
#SPM
#calon
#Lembaga Peperiksaan Malaysia
#LPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan