KUALA LUMPUR: 'Full lockdown' yang dilaksanakan kerajaan berjaya mengelakkan 'malapetaka' seperti yang diunjurkan sebelum ini.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, negara sebelum ini berdepan risiko kenaikan kes jangkitan sehingga 13,000 kes pada 14 Jun.
Keadaan itu boleh mencecah sehingga 40,000 kes beberapa minggu selepas itu.
"Kita berjaya melandaikan lengkuk jangkitan tetapi masih banyak yang perlu dilakukan untuk menurunkan lagi kes.
"Selagi masih ada pergerakan dan aktiviti berkumpul beramai-ramai di sesetengah sektor, kita akan tetap berada di mana kita hari ini.
"Jika orang lain berdegil, kita sendiri masih boleh membawa perubahan dengan mengamalkan sekatan pergerakan kendiri, menyelamatkan diri dan keluarga," katanya dalam mesej ringkas yang dihantar kepada Astro AWANI.
Tambah beliau, ini penting terutama ketika beberapa varian baharu seperti Beta dan Delta, yang mempunyai kadar jangkitan dan kematian yang lebih tinggi.
"Kita sekarang dalam peperangan, dan menyelamatkan negara adalah keutamaan kita. Jika tidak, nasib kita akan jadi seperti India," ujarnya.
Madiha Abdullah
Fri Jun 25 2021

DR NOOR HISHAM: Jika orang lain berdegil, kita sendiri masih boleh membawa perubahan dengan mengamalkan sekatan pergerakan kendiri, menyelamatkan diri dan keluarga. - Gambar fail

Tiada halangan mana-mana pihak termasuk ahli politik sertai program di sekolah
Kementerian Pendidikan (KPM) tidak menghalang mana-mana pihak termasuk ahli politik, sama ada daripada pihak kerajaan ataupun pembangkang untuk mengadakan program atau diundang menyertai program, yang diadakan di kawasan sekolah.

Syarikat china gaji rakyat Malaysia, beri latihan
Syarikat China yang menjalankan projek di Malaysia akan memberikan keutamaan kepada pekerja tempatan dan memberikan latihan kepada mereka.

Malaysia dan China permudah kemasukan pelancong
Kerajaan akan mengadakan perbincangan dengan syarikat penerbangan untuk menambah frekuensi penerbangan ke atau dari China.

Liga Super: Reis selamatkan maruah Kedah di Kuantan
Jonathan Reis menyelamatkan Kedah Darul Aman FC daripada pulang tanpa sebarang mata selepas mengikat Sri Pahang FC, 1-1.

CSM sasar kutipan dana RM1.3 juta untuk Misi Ramadan ke-10 ke Syria dan Turkiye
CSM mensasarkan kutipan dana sebanyak RM1.3 juta bagi Misi Ramadan ke-10 CSM ke bumi Syria dan Turkiye.

11 terbunuh rempuhan di pusat agihan makanan
Suasana pilu menyelebungi pengebumian seorang remaja lelaki 14 tahun yang terbunuh dalam rempuhan di pusat agihan makanan dan wang tunai.

"Belajar banyak perkara baharu lepas kahwin" - Neelofa
Doa orang ramai juga banyak mengiringi perjalanan Neelofa dan suami dalam mengendali bahtera perkahwinan.

Tiga pesakit pulih penglihatan ihsan Allahyarham Finno Joitol
Proses transplan kornea yang didermakan itu juga katanya berjaya memulihkan penglihatan tiga pesakit.

Senarai exco baharu Melaka 'cantik dan menarik' - Ab Rauf
Barisan exco baharu itu akan menonjolkan perpaduan dalam kalangan BN dan PH, sama seperti di peringkat kerajaan Persekutuan.

10 rumah musnah dalam kebakaran di Labuan
Sebanyak 10 rumah terbakar 100 peratus dan terdapat dua rumah turut terjejas.

Kes demam denggi catat peningkatan, satu kematian minggu lepas - KP Kesihatan
Jumlah kes demam denggi yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-12 2023 iaitu dari 19 Mac hingga 25 Mac, meningkat 14.8 peratus kepada 2,469 kes berbanding 2,151 kes pada minggu sebelumnya.

Ikan buntal tidak dibenarkan dijual - KP Kesihatan
Sebanyak 58 kes keracunan ikan buntal dilaporkan membabitkan 18 kematian yang direkodkan sejak 1985 hingga Mac tahun ini.

Mogok bukan penyelesaian terbaik tangani isu sektor kesihatan - Dr Noor Hisham
Mogok secara tidak terancang bukan suatu jalan penyelesaian terbaik terhadap sebarang permasalahan yang timbul berkaitan dengan profesion pegawai perubatan atau mana-mana profesional lain.

Mogok bukan jalan penyelesaian terbaik terhadap permasalahan - KP Kesihatan
Walaupun penganjuran mogok untuk menyampaikan mesej tertentu kepada pihak berkaitan, namun ia boleh menyebabkan sesuatu perkhidmatan terjejas selama mana ia dianjurkan

Risiko keselamatan: KKM batal pendaftaran ubat batuk mengandungi pholcodine
Orang ramai diarahkan untuk menghentikan pengambilan ubat batuk dan selesema mengandungi bahan aktif pholcodine.

Operasi Ramadan untuk keselamatan makanan di teruskan - KP Kesihatan
Kementerian Kesihatan akan meneruskan Operasi Ramadan 2023 serentak di seluruh negara, di semua premis makanan termasuk bazar Ramadan pada bulan Ramadan kali ini.

KKM batal notifikasi enam produk kosmetik mengandungi racun berjadual
Penjual dan pengedar produk berkenaan perlu menghentikan penjualan dan pengedarannya dengan serta-merta.

Amalkan langkah kesihatan awam sepanjang Ramadan - KP Kesihatan
Orang ramai digalakkan terus mengamalkan langkah-langkah kesihatan awam bagi melindungi diri, keluarga dan masyarakat sepanjang menjalani ibadah puasa tidak lama lagi.

Kes demam denggi menurun 0.05 peratus, tiada kematian
Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata tiada kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada ME ke-11 tahun ini.

Kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam meningkat minggu lepas
Kes baharu naik 5.2% (1,367 kepada 1,438 kes), kes sembuh turun 8.8% (1,497 kepada 1,365), kes kematian naik 300% (dua kepada lapan).