awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Xi Jinping hubungi Trump selepas perbincangan maya dengan Putin
141 kes buang sampah di bawah Akta 672 terima izin mendakwa - SWCorp
Selangor FC sahkan tempat ke separuh akhir Kejuaraan Kelab ASEAN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gabungan teknologi digital pamer kelainan sambutan Hari Kebangsaan 2021 - KSU KKMM

Bernama
Bernama
14/08/2021
01:50 MYT
Gabungan teknologi digital pamer kelainan sambutan Hari Kebangsaan 2021 - KSU KKMM
Mohammad ketika temu ramah khas bersama Bernama sempena Hari Kebangsaan 2021 di Wisma Bernama, 13 Ogos, 2021. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021 (HKHM 2021) sekali lagi disambut secara norma baharu namun dengan menampilkan kelainan melalui penggunaan teknologi komunikasi digital lebih maju, kata Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Datuk Seri Mohammad Mentek.
Beliau berkata selain mengoptimumkan keupayaan teknologi digital, sambutan itu tidak akan melibatkan persembahan perbarisan dan kebudayaan seperti kelazimannya, selain tempoh program turut dipendekkan kepada hanya 50 minit.
Katanya, seperti tahun lepas, sambutan pada tahun ini juga tidak melibatkan kehadiran orang awam secara fizikal dan dilaksanakan dalam skala kecil.
"Seluruh Malaysia akan menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini di rumah masing-masing dan kita menggunakan teknologi digital realiti gabungan, seperti realiti terimbuh (AR) dan realiti maya (VR) yang lebih advance kali ini.
"Hanya ada empat persembahan secara fizikal akan dipersembahkan termasuk pertunjukkan udara dengan yang kita yakin rakyat tetap terhibur, walaupun hanya melihatnya menerusi televisyen," katanya ketika menjadi tetamu jemputan bagi Program Ruang Bicara disiarkan di Bernama TV, malam tadi.
Sambutan Hari Kebangsaan 2021 akan diadakan di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya pada 31 Ogos, manakala Sambutan Hari Malaysia diraikan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, Sabah 16 Sept.
Mohammad yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sambutan HKHM 2021 berkata walaupun acara dibuat pada skala kecil, langkah keselamatan dan pencegahan penularan COVID-19 tetap diutamakan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketat .
Jelasnya, semua peserta terlibat dan individu yang hadir secara fizikal pada sambutan itu diwajibkan lengkap dua dos vaksin selain perlu menjalani saringan calitan COVID-19.
"Setakat hari ini, kira-kira 97 peratus individu terlibat telah lengkap dua dos vaksin malah mereka turut diasingkan mengikut gelembung keselamatan (safely bubble) masing-masing di lokasi berasingan," katanya.
Beliau turut optimis semangat patriotisme rakyat tidak akan luntur dan mampu diterjemahkan pada sambutan tahun ini, walaupun negara masih berdepan impak penularan pandemik itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hari Malaysia
#Kementerian Komunikasi dan Multimedia
#COVID-19
#KKMM
#Malaysia
#pandemik
#SOP
#vaksin
#Mohammad Mentek
#HKHM 2021
#Hari Kebangsaan
#Kelainan
#teknologi komunikasi digital
#ICT
#perbarisan
#kebudayaan
#digital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan