awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gadis hilang dipercayai ikut teman lelaki dikenali di WeChat

Astro Awani
Astro Awani
04/08/2016
11:41 MYT
Gadis hilang dipercayai ikut teman lelaki dikenali di WeChat
Kehilangan Noor Azliza, disedari kakaknya, Noor Azlina pada 31 Julai lalu sekitar pukul 1.30 tengahari apabila mendapati adiknya tiada di rumah. - Foto Astro AWANI
Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Kedah hilang selepas dipercayai mengikut teman lelaki yang baru sahaja dikenalinya melalui aplikasi, WeChat.
Kehilangan Noor Azliza Abdull Rahim, 17, disedari kakaknya, Noor Azlina, 23, pada 31 Julai lalu sekitar pukul 1.30 tengahari apabila mendapati adiknya tiada di rumah dan pintu biliknya terbuka.
Ibunya Nooraini Hussain turut merayu anaknya pulang.
“Pulanglah adik, kasihanlah kepada emak. Tolong balik,” rayu Nooraini ketika ditemui di kediamannya di sini hari ini.
Menurut Azlina, adiknya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pantai di Kuala Kedah dan bakal menduduki peperiksaan percubaan SPM pada penghujung bulan ini.
Pada pagi hari kejadian, Azlina mendapati adiknya tidak ke sekolah dan beranggapan kemungkinan tidak sihat.
Bagaimanapun, apabila pulang pada waktu tengahari, Azlina mendapati adiknya tiada di rumah.
Azlina kemudian membuat laporan polis mengenai kehilangan Azliza di Ibupejabat Polis Kota Setar pada 1 Ogos.
Azlina turut menghubungi rakan sekolah adiknya namun tidak ada yang mengetahui ke mana hilangnya Azliza, malah nombor telefon bimbitnya juga tidak lagi dapat dihubungi.
Dalam pada itu bapa Azliza, Abdull Rahim Yahaya, 47, turut gagal mencari anaknya di sekitar Alor Setar.
“Ketika ini saya sudah mencari rata tempat dah lorong, pusat hiburan pun semua saya masuk, kalau dia ada, tempat budak muda duduk lepak pun saya pergi sampai pukul dua tiga pagi,” kata Abdull Rahim lagi.
Keluarga itu juga meminta mana-mana orang awam yang terlihat Noor Azliza untuk menghubungi Abdull Rahim di talian 017-4261670.
Topic Berkaitan
#Noor Azlina
#Noor Azliza Abdull Rahim
#WeChat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan