awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gadis hilang selepas pergi kerja sejak Jumaat

Bernama
Bernama
20/07/2022
14:01 MYT
Gadis hilang selepas pergi kerja sejak Jumaat
Kehilangan Norshahira Razali telah dilaporkan oleh bapanya pada Sabtu lalu di Balai Polis Kanthan Baru. - Gambar hiasan/ Bernama
IPOH: Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun dilaporkan hilang selepas dihantar bapanya ke tempat kerja di sebuah kilang pengeluar barangan berasaskan getah di Kawasan Perindustrian Kanthan, Chemor, dekat sini, sejak Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan, berkata kehilangan Norshahira Razali telah dilaporkan oleh bapanya pada Sabtu lalu di Balai Polis Kanthan Baru.
Katanya, gadis tersebut tinggal bersama keluarga di Taman Lintang, Sungai Siput, dekat sini.
"Remaja berkenaan telah dihantar ke tempat kerja oleh bapanya sekitar jam 7.30 pagi dan dikatakan telah keluar dari kilang berkenaan kira-kira 10 minit kemudian dan sehingga kini, masih gagal dikesan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Yahaya berkata gadis itu, berketinggian kira-kira 152 sentimeter (cm) , berkulit cerah dan berbadan kurus, kali terakhir dilihat memakai baju kerja kilangnya berwarna putih.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Penolong Ketua Polis Balai Khantan Baru, Sarjan Mohd Nazari Abdul Rahman di talian 05-2012422 bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gadis hilang
#Norshahira Razali
#Chemor
#Ipoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan