SEREMBAN: Seorang mekanik hari ini terpaksa meringkuk dipenjara selepas gagal membayar wang jaminan berjumlah RM11,500 yang ditetapkan Mahkamah Majistret di sini atas empat pertuduhan menipu projek tukar karpet serta lelongan kereta yang tidak wujud membabitkan kerugian RM17,500.
Tertuduh, Hairi Kasman, 40, mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Majistret Mahyun Yusof.
Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa memperdaya seorang kontraktor untuk membuat pembayaran masing-masing sebanyak RM5,000 dan RM2,000 secara transaksi dalam talian yang dimasukkan ke akaun bank seorang wanita bagi projek penyelenggaraan apartmen di Putrajaya.
Bagi pertuduhan ketiga pula, Hairi dituduh menipu individu sama untuk membuat transaksi RM7,500 melalui akaun banknya bagi tujuan pembelian kereta lelongan Polis Diraja Malaysia.
Tertuduh turut didakwa menipu individu berkenaan untuk membuat pembayaran ke akaun bank pihak ketiga berjumlah RM3,000 bagi projek tukar karpet dan langsir Istana Seri Menanti.
Semua pertuduhan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan dan denda jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, ASP L.Ratnaa manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah membenarkan lelaki itu diikat jamin berjumlah RM11,500 bagi semua pertuduhan dan menetapkan sebutan semula kes pada 10 Jun.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 27 2021
Tertuduh didakwa menipu individu berkenaan untuk membuat pembayaran ke akaun bank pihak ketiga berjumlah RM3,000 bagi projek tukar karpet dan langsir Istana Seri Menanti. - Gambar hiasan
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.6 peratus
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
Tiada perjanjian dengan pendakwaan untuk beri keterangan terhadap Najib - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak membuat sebarang perjanjian dengan pihak pendakwaan untuk memberi keterangan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pengasas FTX, Sam Bankman-Fried dipenjara 25 tahun
Bankman dituduh mencuri AS$8 bilion daripada pelanggan dan pelabur syarikat pertukaran mata wang kripto FTX yang kini telah muflis.
Lapan pendatang tanpa izin dihukum penjara enam bulan di Kelantan
Lapan individu dihukum penjara enam bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Khas bagi Pendatang Asing Tanpa Izin di Tanah Merah semalam.
Edar kanabis, lelaki dipenjara 30 tahun dan 12 sebatan
Kesalahan dilakukan di bawah Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama.
Penjara komited dekatkan ODP dan OBB dengan masyarakat
Pejabat parol daerah disarankan untuk melibatkan pelbagai pihak antaranya agensi kerajaan, pihak swasta dan juga pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Pemulihan banduan dalam komuniti catat 73.3 kali ganda lebih berkesan
Kadar keberkesanan pemulihan banduan atau prospek dalam komuniti mencatatkan 73.3 kali ganda lebih berkesan dalam mencegah residivis atau jenayah berulang berbanding pemulihan dalam fasiliti.
Suami isteri bunuh anak terlepas hukuman mati, penjara 30 tahun
Panel tiga hakim diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail mengarahkan hukuman pemenjaraan tersebut bermula dari tarikh tangkap pada 26 Mei 2017.
Hantaran tular kos makan banduan RM41 sehari tidak tepat
Orang ramai diingatkan agar tidak menyebarkan atau mempercayai maklumat yang tidak tepat berkaitan perkara ini.
Ketua Pembangkang Rusia temui ajal di penjara
Perkhidmatan penjara Rusia mengesahkan kematian Navalny yang sedang menjalani hukuman selama 19 tahun.
Buruh warga Filipina bunuh rakan dipenjara 33 tahun, 12 sebatan
Seorang buruh warga Filipina dihukum penjara 33 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah membunuh rakannya yang berusia 16 tahun di Semporna.