Seorang suri rumah yang dihukum penjara lapan tahun kerana mendera pembantu rumahnya empat tahun lepas, pada Isnin diberi peringatan terakhir oleh Mahkamah Rayuan di sini kerana gagal hadir di mahkamah buat kali keempat.
Hakim Datuk Seri Kamaludin Md Said yang mengetuai panel tiga hakim berkata mahkamah tidak akan berkompromi lagi kerana setiap kali ditetapkan untuk perbicaraan kes, Rozita Mohamad Ali, 46, tidak hadir atas alasan sama iaitu sakit asma dan lutut.
“Kalau sekali dua cuti sakit (MC) mahkamah tidak kisah tetapi setiap kali ditetapkan untuk bicara responden (Rozita) akan MC. Mahkamah tidak boleh terima keadaan macam ini.
"Orang lain pun sakit juga tapi datang mahkamah. Saya bagi peluang terakhir dan tarikh terakhir, jika dia tidak hadir pada tarikh akan datang, mahkamah akan teruskan kes,” kata Hakim Kamaludin yang bersidang bersama Hakim-Hakim Datuk Azizah Nawawi dan Datuk Wira Ahmad Nasfy Yasin.
Beliau turut mengingatkan penjamin Rozita iaitu kakaknya Rosliah bahawa beliau mempunyai tanggungjawab bagi memastikan adiknya hadir pada tarikh akan datang dan jika responden tidak hadir, mahkamah boleh melucut hak wang jaminan RM20,000.
Hakim Kamaludin : Kenapa adik awak selalu MC, kalau selalu MC bila nak jalan kes?
Rosliah : Bukan dia sengaja tidak datang, dia memang ada masalah kesihatan
Hakim Kamaludin : Saya diberitahu dia mempunyai masalah kesihatan semasa hari perbicaraan… Dia masuk wad masa tarikh bicara
Rosliah : Tapi ia disahkan oleh doktor, bukannya main-main
Ketika ini Hakim Kamaludin meninggikan suaranya dan meminta penjamin menjawab soalan yang ditanya.
“Saya tanya kamu, jawab saja. Ini mahkamah, mahkamah ingin tahu (apa yang berlaku),” kata Hakim Kamaludin sambil menambah bahawa mungkin jika mahkamah menetapkan tarikh lain, responden akan cuti sakit lagi.
Hakim itu juga meminta peguam memaklumkan kepada anak guamnya supaya hadir pada tarikh yang ditetapkan itu.
“Kalau tarikh bicara ditetapkan datanglah, lagi pun dia sakit lutut, dia boleh datang naik kerusi roda. Kalau sekali atau dua kali, mahkamah tidak ambil kisahlah, ini Timbalan Pendakwa Raya kata setiap kali bicara responden tidak hadir atas alasan sama,” katanya dan menetapkan 24 Sept untuk perbicaraan rayuan.
Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Ku Hayati Ku Haron memaklumkan kepada mahkamah bahawa ini merupakan kali keempat responden tidak hadir ke mahkamah atas alasan sama iaitu sakit asma dan lutut.
Pada tarikh bicara yang ditetapkan pada 24 Sept dan 5 Dis 2019, 6 Jan 2020 dan semalam responden tidak hadir dengan alasan sama dan dimasukkan ke Hospital Tawakkal.
“Cuma pada hari ini pihak responden mengemukakan sijil cuti sakit, sebelum ini tiada. Berdasarkan sijil sakit menyatakan responden mengidap asma dan sakit lutut,” katanya.
Peguam Muhammad Amiraizat Abdul Rani yang mewakili Rozita memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya dimasukkan ke KPJ Tawakkal pada 16 Julai lepas dan beliau diberitahu responden tidak dapat hadir semalam oleh penjaminnya.
“Responden masih lagi berada di hospital ketika ini,” katanya.
Pada prosiding semalam pendakwaan merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun terhadap Rozita kerana mendera pembantu rumahnya warga Indonesia Suyanti Sutrinso, 19, menggunakan sebilah pisau, sebatang mop lantai, sekaki payung, sebatang rod besi, sebatang alat mainan kucing dan penyangkut baju di sebuah rumah di Mutiara Damansara, Petaling Jaya antara pukul 7.00 pagi dan 12 tengah hari, 21 Jun, 2016.
Rozita juga menfailkan rayuan silang terhadap hukuman itu.
Pada 15 Mac 2018, Rozita mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas pertuduhan lebih ringan. Dia pada awalnya menghadapi pertuduhan cubaan membunuh mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan tetapi pertuduhan itu dipinda kepada menyebabkan kecederaan teruk.
Rozita sebelum ini terlepas hukuman penjara selepas Hakim Mahkamah Sesyen Mohammed Mokhzani Mokhtar melepaskannya dengan bon berkelakuan baik selama lima tahun dengan jaminan RM20,000 yang telah mendapat kritikan orang ramai.
Kes itu kemudiannya dipanggil semula untuk semakan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Seri Tun Majid Tun Hamzah pada 28 Mac 2018 yang mengubah keputusan Mahkamah Sesyen dengan mengenakan hukuman penjara lapan tahun ke atas Rozita selepas memutuskan bon lima tahun itu adalah tidak memadai.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 21 2020
Timbalan Pendakwa Raya memaklumkan kepada mahkamah bahawa ini merupakan kali keempat responden tidak hadir ke mahkamah atas alasan sama iaitu sakit asma dan lutut. - Gambar hiasan
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
SRC International: Najib kemuka 94 alasan dalam petisyen rayuan
Najib seterusnya mendakwa bahawa kedua-dua mahkamah tersilap fakta dan/atau undang-undang dalam setiap penemuan fakta yang tidak memihak kepadanya.
Rentas negeri: Mohon jika perlu, usah beri alasan remeh - Polis
Arifai berkata pihaknya akan mempertimbangkan permohonan rentas negeri yang membabitkan ahli keluarga yang sakit tenat dan alasan lain yang dianggap munasabah.
Gagal hadir ke mahkamah, wanita dera amah diberi peringatan terakhir
Mahkamah tidak akan berkompromi lagi kerana setiap kali ditetapkan untuk perbicaraan kes, Rozita Mohamad Ali, 46, tidak hadir atas alasan sama iaitu sakit asma dan lutut.
Banjir: Sayangkan tempat tinggal alasan penduduk enggan berpindah
Sayangkan tempat tinggal, tanaman dan haiwan ternakan menjadi alasan segelintir penduduk yang tinggal di kawasan berisiko banjir untuk enggan berpindah.