awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gagal patuhi lampu isyarat, 2 remaja maut motosikal bertembung kereta

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
17/04/2024
09:25 MYT
Gagal patuhi lampu isyarat, 2 remaja maut motosikal bertembung kereta
Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk dibedah siasat. - Gambar/ Ihsan pembaca
IPOH: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat Jalan Sultan Azlan Shah di sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.38 malam itu, penunggang dan pembonceng motosikal, masing-masing berusia 17 dan 18 tahun disahkan maut di tempat kejadian akibat parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, siasatan awal mendapati motosikal dinaiki mangsa dipercayai gagal mematuhi lampu isyarat.
"Motosikal yang ditunggang dari arah Chemor itu telah bertembung dengan sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan.
"Akibat pelanggaran itu kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kereta iaitu lelaki berusia 30 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Menurutnya, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk dibedah siasat.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan.
Polis meminta saksi kejadian diminta tampil dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Jong Pit Chiao di talian 016-8849163 bagi membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#langgar lampu isyarat
#langgar lampu merah
#kemalangan maut
#remaja maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan