awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gagal serah surat balas rasmi, nasib ADUN Rembia ditentukan minggu depan

Bernama
Bernama
01/08/2024
14:53 MYT
Gagal serah surat balas rasmi, nasib ADUN Rembia ditentukan minggu depan
Tindakan itu diambil selepas Muhammad Jailani gagal serahkan surat balas rasmi dalam tempoh dua minggu berhubung tindakan beliau sertai Pas. - Gambar fail
MELAKA: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Datuk Ibrahim Durum akan mengadakan perbincangan bersama pegawai undang-undang kerajaan negeri minggu depan berhubung 'nasib' Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia Datuk Muhammad Jailani Khamis.
Beliau berkata tindakan itu diambil selepas Muhammad Jailani gagal menyerahkan surat balas rasmi dalam tempoh dua minggu berhubung tindakan beliau menyertai Pas.
"Tempoh menyerahkan surat balas rasmi berkenaan tamat petang tadi... saya akan mengadakan mesyuarat minggu depan sejurus pulang dari lawatan kerja di Australia pada 8 Ogos ini," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.
Pada 16 Julai lepas, Setiausaha Agung PAS yang juga Timbalan Setiausaha Agung Perikatan Nasional Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam sidang media di bangunan Parlimen mengesahkan Muhammad Jailani, yang sebelum ini digantung keahlian dalam UMNO, telah diterima menjadi ahli parti itu pada 10 Jun 2023.
Takiyuddin mendakwa tindakan Muhammad Jailani tidak dianggap sebagai lompat parti kerana Rang Undang-Undang Perlembagaan Negeri Melaka (Pindaan) 2023 berkaitan perkara itu diluluskan pada 31 Julai 2023 selepas ADUN Rembia itu menyertai PAS.
Berdasarkan surat Lembaga Disiplin UMNO bertarikh 28 Ogos 2023, Muhammad Jailani didakwa melakukan sabotaj terhadap parti kerana sengaja hadir ke majlis pengumuman calon PN bagi Pilihan Raya Kecil DUN Simpang Jeram di Bakri, Johor.
Keahlian Muhammad Jailani dalam UMNO digantung selama enam tahun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Adun Rembia
#Muhammad Jailani Khamis
#surat balas rasmi
#PAS
#politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan