KUALA LUMPUR: Bayaran gaji kepada pekerja di negara ini dilihat masih tidak setimpal dan berbaloi dengan usaha dan jumlah waktu bekerja.
Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) Datuk Mohamed Shafie BP Mammal meluahkan rasa kecewa melihat situasi yang masih membelenggu rata-rata pekerja di negara ini, meskipun memasuki fasa negara sedang membangun.
"Wujud ketidakseimbangan daripada segi upah atau gaji bayaran kepada pekerja di negara ini. Contohnya apa yang dinyatakan Perdana Menteri sebelum ini, syarikat mempunyai prestasi yang bagus, keuntungan yang baik tetapi bayaran gaji kepada pekerja menjadi kemusykilan.
"Inilah satu perkara yang besar yang kita hadapi pada hari ini kerana setiap kali kita buka mulut cakap pasal gaji, persepsi majikan sangat negatif. Bukan semua majikan, ada majikan yang kita patut puji mereka kerana mereka mengambil berat dan mereka mengetahui kesusahan yang dihadapi oleh pekerja," kata Mohamed Shafie di program Pantau Agenda Reformasi pada Isnin.
Sementara itu, beliau berharap lembaga pengarah di semua syarikat di negara ini mengambil tahu serta memainkan peranan dalam menyelesaikan isu mengenai gaji pekerja di negara ini.
Ini kerana harga keperluan dan kehendak di negara ini dilihat semakin meningkat sekali gus memberi tekanan kepada mana-mana individu terutama yang sudah berkeluarga.
Sementara itu, modul pekerjaan mengikut budaya di negara masing-masing juga perlu dititiberatkan oleh para majikan memandangkan negara kini memasuki era digitalisasi dan pemodenan.
"Modul pekerjaan sangat penting, semua orang bercakap tentang digitalisasi dan modenisasi tapi modul itu sangat penting. Kita kalau boleh, pakai modul dalam negara kita sendiri kerana kita bekerja ikut budaya negara kita sendiri dan prestasi kerja ikut budaya sendiri.
"Apa yang kurang sekarang ini adalah latihan walhal latihan itu sangat penting pada pekerja kerana hanya dengan latihan itu sahaja maka mereka boleh berubah daripada satu sistem pekerjaan kepada sebuah sistem pekerjaan lain. Kita kena wujudkan new space sekarang ini yang dilihat sangat penting.
"Majikan pula tidak boleh guna alasan ini belanja mahal dan sebagainya. Kedua, pihak harus saling bekerjasama antara pekerja dan majikan. Pekerja juga khususnya di Malaysia sanggup belajar, kita mahu belajar, bukan tak mahu," akhirinya.
Faida Rahim
Tue May 02 2023
Syarikat mempunyai prestasi yang bagus, keuntungan yang baik tetapi bayaran gaji kepada pekerja menjadi kemusykilan, kata Mohamed Shafie. - Foto: Sinar Harian
Nahas helikopter Lumut: Kebajikan, pendidikan anak-anak wira dipastikan tidak terabai - Menteri
Kementerian Pendidikan lakukan susur tindak bagi memastikan kebajikan 10 orang anak mangsa nahas helikopter dijaga sehingga tamat persekolahan kelak.
Bintang TikTok Iraq, Umm Fahad ditembak mati di luar rumah
Pihak berkuasa Iraq umum penubuhan "jawatankuasa siasatan khas- untuk menjejaki pembunuh yang tidak dikenali itu.
PM Anwar tiba di Riyadh untuk hadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Anwar tiba di Riyadh dalam rangka lawatan tiga hari bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF).
Jemputan peribadi ke Mesyuarat Khas WEF bukti keakraban Putera Mahkota Mohammed, PM
Ini merupakan lawatan keempat Anwar ke Arab Saudi sejak dilantik sebagai Perdana Menteri.
Kerajaan Pusat peruntuk RM1.59 bilion untuk pembangunan fizikal di Terengganu
Peruntukan tersebut melibatkan 99 projek baharu dan 296 projek sambungan di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di setiap daerah
Kerajaan Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di kesemua 11 daerah di negeri ini bagi menggalakkan kemasukan lebih banyak pelaburan asing khususnya dari China.
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Nahas helikopter Lumut: PM akan umum bantuan untuk waris mangsa - TPM
Kerajaan akan mengumumkan bantuan khas kepada waris 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terkorban dalam nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM Lumut.
PM tiba di Kota Kinabalu untuk lawatan sehari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu malam tadi untuk lawatan kerja sehari ke Sabah.
PM Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra
Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra dan keluarganya.
Peruntukan pembangkang: PM Anwar selesai bermesyuarat
Mesyuarat yang bermula kira-kira jam 5.50 petang turut dihadiri pemimpin utama parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan.
PM hulur sumbangan tampung kos perubatan adik Tasnim
Perdana Menteri menyerahkan sumbangan bagi menampung kos perubatan adik Tasnim Al-Ulya Amali Mohammad Raji yang hilang upaya kekal.
Mesyuarat dijangka bincang isu peruntukan ahli Parlimen pembangkang petang ini
Kediaman rasmi Perdana Menteri menjadi tumpuan apabila Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan dijangka berlangsung.
PM Anwar beri bantuan tunai kepada peniaga terkesan kebakaran Pasar Raya Mydin di Manjoi
Perdana Menteri menyampaikan bantuan tunai kepada 17 peniaga terkesan akibat kebakaran di Pasar Raya Besar Mydin di Manjoi pada Mac lepas.
Banyak peluang boleh diteroka Malaysia-Republik Kyrgyz - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap hubungan antara Malaysia dan Republik Kyrgyz akan lebih akrab pada masa hadapan.
Langkah reformasi awal kerajaan buahkan hasil - Anwar
Perdana Menteri berkata langkah reformasi awal yang dilaksana kerajaan membuahkan hasil dengan peningkatan pelaburan dan pelbagai pengiktirafan.
PM kunjungi bazar Ramadan di Taman Desa Ilmu, Kota Samarahan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa meninjau Bazar Ramadan di Taman Desa Ilmu, Kota Samarahan.