KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia perlu digalakkan melancong di dalam negara kerana ia bukan sahaja menjimatkan wang, tetapi juga sebagai usaha meningkatkan pemulihan ekonomi negara selain dapat mempromosikan tempat pelancongan kepada warga tempatan.
Presiden Persatuan Pelancongan Cina Malaysia (MCTA) (Chapter Perak) Law Weng Sum berkata pihaknya sendiri giat bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Perak untuk merangka rancangan Tahun Melawat Perak 2024 sebagai satu daripada usaha mempromosikan pelancongan domestik.
"Selain tempat pelancongan, pengisian program kami termasuk jejak makanan di seluruh negeri. Kami juga mencadangkan untuk menubuhkan kumpulan pelancongan yang memberi tumpuan khusus kepada mencari pelbagai jenis makanan yang ditawarkan di negara ini.
"Selain mempromosikan kedai makan tempatan, inisiatif ini juga dapat menarik pelancong dari negara Asia seperti China, Taiwan dan Hong Kong yang kebanyakannya penggemar makanan dan mempunyai cita rasa tinggi," katanya ketika dihubungi Bernama semalam.
Dalam pada itu, Law turut meminta kerajaan agar menetapkan harga siling sementara bagi tiket penerbangan domestik untuk mengelakkan ia melambung tinggi semasa musim perayaan seperti Tahun Baru Cina dan Aidilfitri.
"Sebaliknya, kerajaan boleh memberi sebahagian subsidi pada harga tiket dan orang ramai tidak perlu membayar dengan harga yang mahal, sekali gus menggalakkan mereka untuk melancong di dalam negeri yang seterusnya memberi kelebihan kepada ekonomi," katanya.
Sementara itu, Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-Persatuan Pelancongan Malaysia (MTF) Dr Sri Ganesh Michiel berkata kerajaan perlu mempertimbangkan untuk mempromosikan hotel bajet tempatan sebagai sebahagian daripada pakej pelancongan kadar rendah untuk rakyat tempatan, manakala pakej mewah termasuk hotel empat atau lima bintang kepada pelancong antarabangsa.
Sri Ganesh yang juga Presiden Persatuan Hotel Bajet dan Bisnes Malaysia (MyBHA) berkata mengambil contoh Thailand, sektor pelancongan di negara itu berkembang pesat dan antara sebabnya ialah promosi besar-besaran oleh kerajaan terhadap hotel bajet yang menawarkan reka bentuk dan kemudahan hampir sama seperti hotel lima bintang, cuma jauh lebih murah.
"Individu hanya perlu membayar purata kurang 3,020 baht satu malam (bersamaan dengan kira-kira RM400), amat rendah daripada kadar hotel lima bintang yang mampu mencecah ribuan (ringgit) semalam.
"Dalam konteks Malaysia, mungkin pelbagai agensi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dapat membantu dari segi mempromosikan pakej pelancongan kadar rendah yang memainkan peranan sama penting bagi memastikan kelangsungan sektor pelancongan domestik," katanya.
Sri Ganesh berkata Malaysia juga perlu menangani ancaman sedia ada terhadap industri hotel bajet termasuk penginapan berkonsepkan sewaan jangka pendek seperti Airbnb dan agensi pelancongan dalam talian (OTA), sebagai contoh Agoda dan Traveloka.
Beliau berkata platform sedemikian tidak dikawal kerana ketiadaan undang-undang berkaitan, menyebabkan ia terdedah kepada penyenaraian hartanah tanpa berlesen oleh pihak ketiga untuk dilihat orang ramai, yang akan memberi kesan negatif kepada industri pelancongan secara keseluruhan.
"Mereka boleh menjual premis haram, boleh buat apa sahaja (tanpa mengetahui batasan undang-undang). Sebagai contoh, mereka menjual apartmen yang dilesenkan untuk penginapan sewaan yang sebenarnya isu serius tetapi tidak diketahui kerana orang yang melihat senarai itu dalam OTA akan berpuas hati dengan melihat tawaran harga rendah tanpa memikirkan risiko yang timbul disebabkan ketiadaan undang-undang," katanya.
Sebarang undang-undang yang digubal berkaitan isu itu katanya, harus meliputi tiga aspek iaitu kadar komisen ditawarkan oleh OTA masing-masing, larangan penyenaraian apartmen tanpa lesen dan wakil oleh orang tempatan yang bertanggungjawab bagi sesebuah negara seperti peguam bertujuan mengendalikan aspek undang-undang.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 10 2024
Presiden MyBHA Dr Sri Ganesh Michiel berkata kerajaan perlu mempertimbangkan untuk mempromosikan hotel bajet tempatan sebagai sebahagian daripada pakej pelancongan kadar rendah untuk rakyat tempatan. - Gambar fail/MBI
Lebih RM200 juta naik taraf fasiliti sukan menjelang SUKMA 2024
Lebih RM200 juta telah digunakan untuk menaik taraf fasiliti sukan di Sarawak, kata Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menjelang penganjuran temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-21 Sarawak 2024.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Warisan belum buat keputusan jalin kerjasama, kukuhkan parti
Warisan masih belum membuat sebarang keputusan untuk menjalin kerjasama dengan mana-mana parti nasional dalam persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
17,500 hektar kawasan baharu sawah padi diperlukan
Sarawak perlukan sejumlah 17,500 hektar kawasan baharu dilengkapi infrastruktur penghasilan padi bagi mengeluarkan 392 ribu tan metrik padu untuk mencapai 100 peratus Tahap Sara Diri (SSL) negeri itu.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Pasaran hartanah Malaysia dalam usaha pemulihan - Kor Ming
Pasaran hartanah Malaysia dalam usaha menuju pemulihan yang dibuktikan dengan peningkatan jumlah dan nilai urus niaga hartanah pada tahun lepas serta pertumbuhan ekonomi yang stabil.
Terbabas ke bahu jalan, pemandu lori simen maut
Seorang lelaki maut selepas lori simen dipandunya hilang kawalan dan terbalik di bahu jalan di kawasan Loji Cinta Mata, di Jalan Table, Tawau pada Selasa.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Kementerian Perpaduan Negara peruntuk RM20 juta perkasa Rukun Tetangga
Kementerian Perpaduan Negara memperuntukkan RM20 juta bagi memperkasakan Rukun Tetangga (RT) menerusi Inisiatif Pemerkasaan RT Sebagai Penggerak Komuniti Progresif yang dilancarkan hari ini.
Haram, berdosa tunai haji tanpa visa haji
Islam menetapkan kepentingan untuk taat kepada Allah, Rasul dan pemimpin atau peraturan dalam melakukan sesuatu perkara.
Mahkamah Tinggi batal saman Halim Saad terhadap Tun Mahathir, kerajaan
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Dr Mahathir dan dua lagi untuk membatalkan saman taikun Tan Sri Halim Saad.
Anwar tegaskan tidak kepada kasino kedua di Malaysia
Beliau berkata Malaysia kini menumpukan sektor transformasi digital, peralihan tenaga serta kecerdasan buatan (AI).
KKR syor teliti semula tempoh siap projek
Ahmad berkata ia termasuk mempraktiskan amalan terbaik dari negara luar dalam menyiapkan projek pembinaan rumah dan jambatan dalam tempoh singkat.
Pelancongan domestik lonjak 16.1 peratus pada suku keempat 2023, rekod 54.3 juta pelawat
Bagi perbandingan suku tahun ke suku tahun, pelawat domestik meningkat 1.6 peratus daripada suku ketiga 2023.
Galakkan pelancongan domestik, rangsang pemulihan ekonomi - Penggiat industri
Pihaknya giat bekerjasama dengan kerajaan negeri merangka rancangan Tahun Melawat Perak 2024 sebagai usaha mempromosi pelancongan domestik.
Percutian domestik kekal jadi pilihan pelancong tempatan
Percutian domestik masih menjadi pilihan pelancong tempatan bagi menghabiskan cuti sekolah, dengan tempat pelancongan popular kekal sebagai destinasi tumpuan.
Perbelanjaan pelancongan domestik melonjak kepada RM59.2 bilion pada 2022
Prestasi memberangsangkan itu susulan pembukaan semula sempadan negara kepada pelancong antarabangsa, penghapusan keperluan kuarantin dan ujian saringan COVID-19 ketika tiba di Malaysia.
Perbelanjaan pelawat domestik melonjak RM64.1 bilion pada 2022 - DOSM
Prestasi pelancongan domestik di Malaysia mengalami pemulihan yang luar biasa pada 2022 dengan jumlah perbelanjaan RM64.1 bilion berbanding RM18.4 bilion pada 2021.
Pelancongan domestik Malaysia catat pertumbuhan tertinggi di ASEAN - Agoda
Ketika Malaysia membuka sektor pelancongan pada separuh kedua 2020, ia mencatat pertumbuhan tertinggi dalam pasaran pelancongan domestiknya.
Pulau Pinang tumpu pelancongan domestik pada separuh pertama 2021
PETACE akan membangunkan strategi berkaitan ekonomi kreatif sejajar dengan deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi 2021.
Pas tahunan percuma Hutan Lipur Ulu Kenas
Saarani turut menyambut baik cadangan mempromosikan keunikan tempat, budaya dan makanan popular di negeri ini menerusi program 'Moh Kenei Perak'.
Kebenaran rentas zon hijau bakal hidupkan semula pelancongan domestik - Nancy
Beliau juga yakin keputusan itu mampu meredakan kegusaran pengusaha perkhidmatan pelancongan dan produk pelancongan yang kehilangan sumber pendapatan dalam tempoh sukar itu.
Bas percuma untuk warga Putrajaya mulai 1 November
Ia merupakan salah satu inisiatif di bawah Wilayah Prihatin KWP bagi membantu rakyat, khususnya warga Putrajaya, mengurangkan beban sara hidup dalam aspek pengangkutan.