KOTA BHARU: Polis telah mengedarkan gambar ahli kumpulan 'Geng Nicky' kepada petugas di sepanjang pos kawalan sempadan negara bagi memastikan ahli kumpulan jenayah terancang itu tidak melarikan diri atau cuba memboloskan diri ke negara jiran.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman Datuk Seri Abd Rahim Jaafar berkata gambar ahli kumpulan 'Geng Nicky' yang diketuai ahli perniagaan dalam buruan, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee itu kini diedar kepada anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang mengawal sempadan tanah air.
"Semua anggota dan pegawai PGA di pos kawalan di sempadan sudah diarahkan supaya membuat pemantauan terhadap kes ini. Segala pergerakan yang mencurigakan akan dipantau termasuk cubaan keluar dari sempadan mengikut laluan tidak sah.
"Kesemua anggota turut diarahkan supaya sentiasa berwaspada dan melakukan pemeriksaan dengan lebih ketat di sempadan," Majlis Perasmian Batalion Ke-8 Pasukan Gerakan Am (PGA8) di Pengkalan Chepa dekat sini, hari ini.
Sebelum ini, dilaporkan, Nicky, dan ahli kumpulannya kemungkinan berusaha melarikan diri ke luar negara selepas operasi memberkasnya pada 20 Mac lepas didakwa telah dibocorkan pihak yang menerima habuan daripadanya.
Polis juga tidak menolak kemungkinan ahli perniagaan itu akan menggunakan laluan tikus di sempadan negara ini bagi melarikan diri daripada ditahan.
Selasa lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador mendedahkan 34 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi penguat kuasa disyaki mempunyai hubungan dan melindungi kegiatan sindiket jenayah terancang 'Geng Nicky'.
Nicky, 33, merupakan pengasas kepada Winner Dynasty Group yang berpusat di Setiawalk Puchong, Selangor menjadi buruan polis selepas 68 ahlinya ditahan dalam Op Pelican 3.0 bermula 20 hingga 28 Mac lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 05 2021
Kata Abd Rahim, gambar Nicky kini diedar kepada anggota PGA yang mengawal sempadan tanah air. - Gambar/ Twitter @PDRMsia
MCMC kesan individu salah guna AI, sunting gambar aib - Fahmi
Langkah itu bertujuan membolehkan tindakan tegas diambil serta memastikan keselamatan pengguna dalam talian khususnya kanak-kanak, terjamin.
[TERKINI] Reman terhadap anak seorang MB disambung sehari lagi
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperoleh tempoh lanjutan tahanan reman terhadap anak Menteri Besar dan empat lagi suspek bagi membantu siasatan pemalsuan dokumen dalam membuat tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
AWANI Ringkas: Akaun 3 KWSP diumum
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Barcelona: Xavi buat pusingan-U
Khabar angin bertiup bahawa pengurus Barcelona, Xavi, akan meneruskan peranannya pada musim depan selepas mengubah fikirannya.
Bank Indonesia naikkan kadar faedah kepada 6.25 peratus, dijangka terakhir bagi 2024
Kenaikan kadar faedah utama Bank Indonesia kepada 6.25 peratus pada Rabu, berkemungkinan besar menjadi yang pertama dan terakhir untuk bank itu bagi 2024.
Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel berlabuh wajar dicontohi
Tindakan kerajaan Malaysia melarang syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel iaitu ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan di negara itu, wajar dijadikan contoh.
Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Cucu kepada bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela, menjadi antara peserta yang akan menyertai misi Break The Siege: Freedom Flotilla To Gaza yang dijadualkan memulakan pelayaran hari ini.
Bantah perang di Gaza meningkat di Universiti, Kolej A.S
Protes terhadap Israel memenuhi jalan-jalan di Brooklyn dan meningkat di universiti-universiti di seluruh Amerika Syarikat.
KMUM cela agenda dakyah zionis di Universiti Malaya
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) dalam pada itu mengambil pendirian dengan tegas mengecam terhadap kenyataan dikeluarkan oleh ilmuwan pro-zionis di Universiti Malaya.
Penceramah zionis: Netizen kecam pensyarah label Malaysia Islam-fasis
Rata-rata mereka berkata, Ahli akademik pro Zionis itu tidak dialu-alukan di Malaysia dan ideologi Zionis tidak diterima di negara ini.
Pusat hiburan diserbu, GRO bersama pengurus ditahan
Seorang pengurus pusat hiburan serta 15 wanita warga asing yang disyaki bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam serbuan di sebuah kelab malam di Jalan Raja Chulan di sini pada Sabtu.
SKMM rakam percakapan Che'gubard, Salim, Papagomo esok
SKMM mengesahkan memanggil pempengaruh media sosial Chegubard, Salim Iskandar dan Wan Muhammad Azri Wan Deris (Papagomo) untuk rakaman percakapan pada Rabu.
Suspek kes tembak di KLIA dibawa ke Selangor hari ini
Suspek yang melepaskan tembakan di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, akan dibawa pulang ke Selangor pada Selasa.
Suspek kes tembak KLIA, direman esok di Kelantan - Bukit Aman
Suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, awal pagi semalam, akan direman esok di Mahkamah Kota Bharu.
7,348 kes jenayah komersial direkod hingga Mac, kerugian lebih RM770 juta
Belum sampai tiga bulan, polis sudah merekodkan 7,348 kes jenayah komersial melibatkan kerugian lebih RM770 juta.
Polis tidak 'pilih bulu' siasatan kes 3R
Mohd Shuhaily menasihatkan semua pihak agar menghentikan sentimen isu tersebut.
Polis rampas 51 kg dadah RM2.57 juta, tahan dua ‘transporter’
Polis merampas dadah jenis methamphetamine seberat 51.5 kilogram dianggarkan bernilai RM2.57 juta dalam serbuan di kawasan Kuala Kangsar, pada Sabtu.
Premis urut tawar khidmat ranjang wanita warga asing diserbu
Serbuan Op Noda Mega dilancar Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di Serdang dan Gombak di Selangor serta Sentul, Kuala Lumpur, semalam.
Polis perlu patuh BMI ditetapkan untuk naik pangkat
Pematuhan terhadap standard jisim indeks tubuh (BMI) yang ditetapkan merupakan antara syarat wajib untuk kenaikan pangkat bagi warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Suhaily kenang jasa Paramalingam, hoki bentuk disiplinnya
Disiplin yang dibentuk ketika berada di dalam pasukan hoki Selangor dahulu, menjadikan Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, sebagai seorang yang lebih tegas dan bertanggungjawab.