awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Neelofa ‘belanja’ wajah Bilal
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gambar Nik Aziz gambar lama - Timbalan MB Kelantan

Bernama
Bernama
19/01/2015
05:54 MYT
Gambar Nik Aziz gambar lama - Timbalan MB Kelantan
Mohd Amar mengulas penyebaran gambar Nik Abdul Aziz (gambar), yang dilihat sedang terbaring sambil dikelilingi dan ditemani anggota keluarga di dalam sebuah bilik.
Gambar Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang didakwa terbaring kerana uzur dan kini tersebar secara meluas di laman sosial adalah gambar lama.
Perkara itu disahkan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ketika dihubungi Bernama hari ini.
"Saya tidak pasti itu gambar bila, tapi saya tahu itu gambar lama. Dia sakit (tua) tetapi tidaklah sentiasa terbaring seperti di dalam gambar tersebut," katanya.
Beliau mengulas penyebaran gambar Nik Abdul Aziz, 83, yang dilihat sedang terbaring sambil dikelilingi dan ditemani anggota keluarga di dalam sebuah bilik.
Jelas Mohd Amar, kali terakhir beliau menemui bekas Menteri Besar Kelantan itu adalah sebelum berlakunya bencana banjir di Kelantan baru-baru ini dan keadaan beliau ketika itu, cuma sakit biasa.
Sementara itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata beliau mengetahui tentang keadaan kesihatan Nik Abdul Aziz yang sedang uzur sejak dua minggu lepas, namun keadaannya beransur baik dan tidak seperti dipaparkan dalam gambar.
Sebelum ini, Nik Abdul Aziz dilapor berada dalam keadaan sihat dan sedang berehat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.
Terdapat juga laporan dan khabar angin pada Oktober tahun lepas yang mengatakan Nik Abdul Aziz telah meninggal dunia akibat kompilasi jantung, namun ia tidak benar.
Topic Berkaitan
#Datuk Mohd Amar Nik Abdullah
#Nik Aziz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan