GEORGE TOWN: Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) memaklumkan telah berjaya memulihkan bekalan air kepada 590,000 keseluruhan pengguna yang terjejas gangguan bekalan air berjadual sejak Rabu lepas mengikut jadual yang ditetapkan hari ini.
Dalam kenyataan hari ini, PBAPP memaklumkan tahap ketiga dan tahap keempat pemulihan bekalan air membabitkan 99.5 peratus daripada 590,000 pengguna terjejas di Seberang Perai dan di bahagian pulau negeri itu serta baki 0.5 peratus daripada pengguna terjejas di kawasan kejiranan hujung paip agihan (EoL) dan tanah tinggi di kawasan selatan bahagian pulau kedua-duanya selesai sepenuhnya pukul 6 pagi tadi.
Gangguan bekalan air berjadual itu disebabkan kerja-kerja penggantian dua unit injap kawalan 1.2 meter (m) yang bocor di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua dan projek kerja air serta penyelenggaraan pencegahan di 22 lokasi lain dan kesemuanya siap pada 10 Jan malam, iaitu lebih awal daripada jadual.
Seterusnya pemulihan bekalan air tahap satu dinormalisasi secara berperingkat membabitkan 197,025 pengguna air iaitu 33 peratus daripada 590,000 pengguna terjejas di Seberang Perai dan kesemua pengguna selesai menerima bekalan air pada 6 pagi 12 Jan.
Pemulihan air tahap kedua pula dengan pengepaman optimum air terawat dari LRA Sungai Dua ke bahagian pulau bagi memulihkan bekalan air kepada 495,065 pengguna atau 84 peratus dan selesai sepenuhnya 6 pagi, 13 Jan.
Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, PBAPP memaklumkan ia menganggarkan kehilangan 110 juta liter sehari (JLH) air tidak berhasil (NRW) disebabkan oleh kebocoran saluran paip di bawah permukaan Sungai Perai pada Jumaat lepas.
Berdasarkan laporan awal yang dikeluarkan malam tadi PBAPP menyebut jumlah itu bersamaan dengan 11 peratus daripada jumlah isi padu air terawat sebanyak 1,016 juta liter sehari (MLD) yang dipam keluar dari Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua.
"Tindakan pemulihan di Sungai Perai kini berada di peringkat respons kecemasan dan sedang berterusan yang mana pemantauan rapi dilakukan oleh penyelam komersial.
"Peringkat seterusnya pula adalah penyelesaian interim, iaitu cadangan pemasangan saluran paip 2 x 600 milimeter (mm) bersebelahan dengan Jambatan Ampang Jajar bagi menggantikan saluran paip dasar sungai yang rosak," menurut kenyataan itu.
PBAPP memaklumkan kerja-kerja awal bagi penggantian paip itu sudah pun bermula dan jangkaan siap dalam tempoh 21 hari.
Sementara itu PBAPP menjelaskan, penyelesaian kekal yang paling rasional pula adalah dengan memasang saluran paip 1,350mm baharu yang disokong oleh struktur yang teguh dan bebas.
Menurutnya, kelulusan bajet RM5 juta bagi tujuan itu akan disegerakan dan sekiranya diluluskan penyelesaian itu akan mengambil masa empat hingga enam bulan untuk dilaksanakan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 14 2024
PBAPP memaklumkan telah berjaya memulihkan bekalan air kepada 590,000 keseluruhan pengguna yang terjejas gangguan bekalan air berjadual. - Gambar hiasan
Biotoksin masih tinggi, penternak diminta jangan jual kupang - Jabatan Perikanan
Ujian makmal turut mendapati sampel air dan kupang di perairan tersebut dicemari alga spesies 'Alexandrium' yang berbahaya kepada manusia.
Bintang 'Spider-Man' Tom Holland zahir hasrat kahwini aktres Zendaya
Bintang Spider-Man itu dikatakan sudah berbincang dengan Zendaya untuk berkahwin.
Kertas siasatan 10 individu berkait lelaki Israel dirujuk AGC minggu ini - KP KL
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, perbincangan akan diadakan bagi membuat keputusan terhadap tindakan lanjut yang akan dikenakan terhadap suspek terlibat.
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
LHDN pergiat ‘buru’ syarikat, individu culas bayar cukai
Ujar beliau, LHDN sentiasa memantau data-data sedia ada untuk tindakan sewajarnya.
Program Jelajah Siswa antara pengisian Hawana 2024
Sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2024 pada Mei ini buat julung kalinya akan menyaksikan penglibatan pelajar jurusan komunikasi menerusi Program Jelajah Siswa.
[KEMAS KINI] SPRM ambil keterangan, MB Perlis tegaskan tidak direman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan mengambil keterangan Maenteri Besar Perlis kira-kira jam 10 pagi tadi.
Bekas isteri Safee Sali fail tuntutan balas nusyuz
Sebutan semula kes bagi menjawab tuntutan itu oleh plantif ditetapkan pada 11 Jun depan.
Polis selamat mangsa pemerdagangan orang dipaksa bekerja di kelab malam
Polis berjaya menyelamatkan empat wanita warga Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.
Pengasas maahad tahfiz didakwa di mahkamah kes liwat pelajar
Tertuduh didakwa meliwat tiga pelajar berusia antara 12 hingga 15 tahun manakala dua daripada mereka merupakan mangsa yang sama.
PBAPP akan lepas air dari EMD jika Sungai Muda terus menyusut
PBAPP boleh melepaskan maksimum 600 juta liter air mentah sehari (JLH) dari EMD yang berfungsi sebagai sumber sokongan kemarau apabila Sungai Muda terus menyusut berikutan cuaca kering.
Kapasiti efektif 30.3 peratus tidak bermakna bekalan hanya untuk 30 hari - PBAPP
Pathmanathan berkata anggaran tersebut mengelirukan kerana apabila terdapat hujan di kawasan tadahan air, maka bilangan hari akan berubah.
Aidilfitri: PBAPP gerakkan 13 lori tangki air hingga Ahad ini
PBAPP menggerakkan 13 lori tangki air bermula semalam hingga 14 April ini sebagai langkah bersiap siaga untuk mengelak atau meminimumkan gangguan bekalan air.
Kurangkan penggunaan air 10 peratus sehingga Jun ini - PBAPP
Pengguna juga dinasihatkan supaya berhemat menggunakan air sehingga hujan tiba, bagi menambah simpanan air mentah di empangan.
P. Pinang pantau rapi kapasiti Empangan Air Itam
PBAPP mengambil langkah awal sejak Februari, dengan melaksanakan Pelan Tindakan Empangan Air Itam 2024 (AIDAP 2024) menerusi beberapa strategi.
Tiada hujan selepas pembenihan awan - PBAPP
K.Pathmanathan berkata perkara itu berkemungkinan disebabkan keadaan atmosfera dan awan yang tidak begitu menggalakkan pada masa tersebut.
Bekalan air 120,000 pengguna pulih sepenuhnya
Ia berikutan kerja-kerja pelan B bagi inisiatif respons kecemasan Sungai Perai berjaya disiapkan, iaitu 24 jam lebih awal daripada jadual.
Empangan Air Itam menyusut
Kapasiti efektif Empangan Air Itam mengalami penurunan mendadak dengan penyusutan sehingga paras 33.7 peratus berikutan musim panas dan kering yang telah bermula.
Gangguan bekalan air berjadual di Barat Daya bermula Isnin malam - PBAPP
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang memaklumkan bahawa gangguan bekalan air berjadual dijangka berlaku bermula Isnin malam (29 Jan).
Dua pelan tindakan kecemasan secara serentak atasi paip bocor Sungai Perai
Pelan itu bagi memulihkan semula bekalan air kepada 120,000 pengguna terjejas secepat mungkin.