awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Elon Musk cipta rekod baharu dengan nilai kekayaan AS$852.5 bilion
Sembilan ekar Hutan Simpan Kuala Langat masih terbakar - JBPM Selangor
Nilai transaksi SARA cecah RM4.8 bilion sepanjang 2025 - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gangguan bekalan air di Johor Bahru, Iskandar Puteri pulih sepenuhnya - Ranhill SAJ

Astro Awani
Astro Awani
24/05/2025
03:00 MYT
Gangguan bekalan air di Johor Bahru, Iskandar Puteri pulih sepenuhnya - Ranhill SAJ
Khairul Effendy merakamkan penghargaan kepada para pengguna atas kesabaran serta kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan berlaku.
JOHOR BAHRU: Gangguan bekalan air yang melanda sebahagian kawasan di Johor Bahru dan Iskandar Puteri sejak beberapa hari lalu telah pulih sepenuhnya, kata Ranhill SAJ dalam satu kenyataan hari ini.
Ketua Pegawai Operasi Ranhill SAJ, Khairul Effendy Tusam merakamkan penghargaan kepada para pengguna atas kesabaran serta kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan berlaku.
“Kami akur dengan kesulitan yang dihadapi para pelanggan. Insiden ini merupakan kejadian luar jangka yang jarang berlaku, namun pasukan kami berusaha sedaya upaya bagi memastikan bekalan air disalurkan semula secepat mungkin,” katanya.
Gangguan tersebut berpunca daripada kebocoran paip air mentah di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Johor, yang telah menyebabkan agihan lebih 318 juta liter air terawat sehari terganggu sejak Selasa lalu.
Menurut Khairul, pihaknya kini sedang menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca sebenar insiden, termasuk aspek teknikal dan tahap penyelenggaraan sistem di loji berkenaan.
“Setiap data yang dikumpul sedang diteliti secara rapi. Ini penting agar kami dapat menambah baik prosedur operasi sedia ada dan mengelakkan kejadian sama daripada berulang di masa hadapan,” jelasnya.
Ranhill SAJ menegaskan, pemulihan segera ini membuktikan komitmen pihaknya untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna, selain memperkukuh keupayaan sistem bekalan air negeri Johor.
Topic Berkaitan
#gangguan bekalan air
#Ranhill SAJ
#loji rawatan air
#sungai johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan