awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gangguan bekalan air Gombak: 34 peratus daripada 41 kawasan pulih - Air Selangor

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
26/09/2021
00:57 MYT
Gangguan bekalan air Gombak: 34 peratus daripada 41 kawasan pulih - Air Selangor
Masih terdapat 26 kawasan yang dalam proses pemulihan bekalan air. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pemulihan bekalan air di 41 kawasan di Gombak mencapai 34 peratus setakat jam 7 pagi hari ini.
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan jam 8 pagi ini berkata, bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas dijangka pulih sepenuhnya pada jam 10 malam ini.
"Kerja-kerja pembaikan paip pecah berhampiran Jejambat Ampang Point telah siap dilaksanakan pada jam 8.30 malam tadi.
"Berikutan itu, bekalan air telah mula disalurkan ke kawasan di Wilayah Gombak yang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual," katanya.
Bagaimanapun, menurut Air Selangor, masih terdapat 26 kawasan yang dalam proses pemulihan bekalan air.
"Antaranya Taman Tar, Hill Side Estate, Kg. Dato Mufti, Taman Ampang Indah, Taman Bukit Indah, Taman TTDI Jaya Buki5 Indah Ampang, Taman Grandview Ampang, Bandar Baru Ampang, Apartmen (Mesra Ria, Mesra Prima, Mesra Villa).
"Ini termasuk Taman Rasmi Jaya, Taman Uda Jaya, Taman Perwira Ampang, Taman Halaman Kesuma, Taman Dagang Permai, Taman Bukit Ampang, Kg Muhibah Ampang, Kg. Tasik Permai, Kg. Ampang Indah, Kg. Ampang Campuran, Taman Faizura Ampang, Taman Permai Ampang, Taman Permai Jaya Ampang, Taman Tasek Tambahan dan Taman Sri Bayu Ampang.
"Tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna, " katanya.
Semalam, Air Selangor memaklumkan paip pecah berlaku berhampiran Jejambat Ampang Point, Jalan Ampang, di sini, menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual di 41 kawasan di Gombak.
Katanya, kerja-kerja pembaikan dijangka siap sepenuhnya pada jam 12 tengah hari esok (27 Sept).
[TERKINI] Gangguan Bekalan Air | 34% daripada 41 kawasan Gombak pulih - Air Selangor
Pihaknya akan turut menggerakkan lori tangki ke kawasan yang terjejas dengan keutamaan diberi kepada premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan upacara pengebumian.
Sebarang pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Help Centre di laman web www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.
Sehingga jam 8:00 pagi, pemulihan bekalan air di 41 kawasan yang terjejas telah mencapai 34%. Senarai kawasan yang masih belum pulih boleh didapati di laman sesawang Air Selangor.#AirSelangor pic.twitter.com/mcfG051hL6
— Air Selangor (@air_selangor) September 26, 2021
Topic Berkaitan
#bekalan air
#Gombak
#kerja-kerja pembaikan
#Air Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan