awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Belia terperangkap dalam ‘survival mode’, kurang impak kepada ekonomi digital – Penganalisis
KHOM bakal laksana misi bantuan musim sejuk di Syria dan Lubnan
217 Taman Rekreasi MADANI siap, 100 lagi disasar tahun ini - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gangguan LRT: Bas perantara bantu kurang kesesakan, masa menunggu pengguna

Bernama
Bernama
10/11/2022
15:56 MYT
Gangguan LRT: Bas perantara bantu kurang kesesakan, masa menunggu pengguna
Bas perantara itu merupakan langkah tambahan diambil pihak Rapid KL dan digerakkan di stesen-stesen sepanjang laluan LRT Kelana Jaya. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Penambahan perkhidmatan bas perantara bermula dari 6 pagi hari ini membantu mengurangkan kesesakan serta masa menunggu pengguna untuk menaiki bas susulan penutupan 16 stesen tren Transit Aliran Ringan (LRT) antara Kelana Jaya dan Ampang Park sejak semalam.
Rapid Rail Sdn Bhd dalam kenyataan malam ini memaklumkan bas perantara itu merupakan langkah tambahan diambil pihak Rapid KL dan digerakkan di stesen-stesen sepanjang laluan LRT Kelana Jaya bagi membantu mengawal pergerakan serta memberi arah kepada penumpang yang terjejas.
"Sejumlah 107 bas perantara merangkumi lima laluan digunakan hari ini terdiri daripada bas Rapid KL serta bas Smart Selangor dan MARA Liner. Setakat 5.30 petang ini, situasi di stesen-stesen terkawal, dibantu anggota polis bantuan dan kakitangan Prasarana (Malaysia Bhd) yang ditambah untuk memantapkan kawalan pergerakan penumpang," menurut kenyataan itu.
Gangguan LRT | Waktu menunggu bas di stesen kini 5 minit
Dalam pada itu, Rapid Rail memaklumkan pasukan kejuruteraan pihaknya bersama pengilang peralatan asal (OEM) Thales Group telah menjalankan ujian bagi menentukan kestabilan sistem.
"Bermula 10 malam semalam hingga 5 pagi ini, pihak Rapid Rail menjalankan ujian pergerakan tren LRT Laluan Kelana Jaya antara stesen Ampang Park dan Stesen KLCC. Ujian ini akan dipanjangkan untuk merangkumi keseluruhan jajaran LRT Laluan Kelana Jaya," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#LRT
#Kelana Jaya
#bas perantara
#Rapid Bus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan