Beberapa penerbangan ditangguhkan pada Khamis, selepas kedua-dua terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), mengalami gangguan sistem sementara.
Sehingga jam 10.30am tadi, terdapat 20 penerbangan dilaporkan ditangguhkan di terminal utama KLIA dan penerbangan terjejas termasuk ke Narita, Jepun; Perth, Sydney dan Melbourne, Australia; Jakarta, Indonesia; London dan Hong Kong.
Gangguan itu telah menjejaskan beberapa sistem lapangan terbang seperti sambungan WiFi, Sistem Paparan Maklumat Penerbangan (FIDS), kaunter-kaunter daftar masuk dan Sistem Pengendalian Bagasi (BHS).
Operator Lapangan terbang itu, Malaysia Airports dalam satu kenyataan pada 8 malam ini, memaklumkan gangguan sistem di KLIA sehingga kini masih belum benar-benar pulih.
"Kami berharap akan dapat menyelesaikan situasi ini, pada esok pagi (23 Ogos)," kata Malaysia Airports.
Malaysia Airports juga menasihati para penumpang untuk tiba di lapangan terbang sekurang-kurangnya empat jam, sebelum waktu penerbangan berlepas.
Situasi di terminal utama KLIA secara amnya terkawal, walaupun boleh dilihat keadaan di mana terdapat penumpang beratur panjang dan bersesak, akibat daftar masuk di kaunter secara manual.
Duta Airport CARE turut berada di sekitar terminal untuk membantu penumpang.
Penumpang juga dilihat diberi bantuan dan panduan, di kios daftar masuk sendiri.
Malaysia Airports berkata, mereka telah mengerahkan lebih ramai kakitangan membantu, dengan jumlah ini kini hampir mencecah 1,000 orang, bagi memberikan bantuan yang diperlukan penumpang dan juga syarikat penerbangan.
"Harap dapat bertemu mana-mana kakitangan lapangan terbang yang ada, jika anda memerlukan bantuan mengenai meklumat penerbangan anda," katanya.
Malaysia Airports berkata, pasukan mereka akan terus bekerja tanpa henti, bagi mengawal situasi.
Antara tindakan yang sedang diambil termasuklah penggantian peralatan, dan mereka telah menerima penghantaran peralatan tersebut yang akan diuji malam ini," katanya.
"Kami kesal atas segala kesulitan yang dialami kesemua penumpang," kata Malaysia Airports.
Sementara itu Ketua Polis Daerah KLIA ACP Zulkifli Adamsah ketika dihubungi berkata, pihaknya memantau rapat perkembangan di KLIA dan klia2 dan sentiasa bersedia untuk mengambil langkah sewajarnya, jika keadaan memerlukan.
Beliau berkata anggota dan pegawai yang ditugaskan di dua pintu masuk negara itu, bertugas seperti biasa dan setakat ini keadaan adalah terkawal, walaupun bilangan penumpang agak tinggi berbanding biasa.
"Jumlah anggota yang ditugaskan di sana sudah mencukupi dan buat masa ini belum ada keperluan untuk menambah bilangan anggota sedia ada," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 22 2019
Malaysia Airports juga menasihati para penumpang untuk tiba di lapangan terbang sekurang-kurangnya empat jam, sebelum waktu penerbangan berlepas. - Gambar hiasan
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Imigresen nafi kemasukan tiga juta warga China semasa gangguan sistem KLIA
Jabatan Imigresen hari ini menafikan dakwaan yang tular dalam media sosial mengenai kemasukan tiga juta warga China dan kemasukan tidak teratur warga asing ke Malaysia semasa gangguan sistem di Lapang
Gangguan sistem di KLIA tiada unsur salah laku atau rasuah - SPRM
Gangguan sistem di KLIA tidak mempunyai kaitan dengan sebarang salah laku atau unsur rasuah, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya.
Tubuh jawatankuasa siasat kegagalan sistem di KLIA
Kementerian Pengangkutan hari ini mengumumkan penubuhan jawatankuasa siasatan susulan insiden gangguan sistem di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.