awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ganjil! Imej pesawat "misteri" dirakam

Agensi
Agensi
03/02/2022
09:26 MYT
Ganjil! Imej pesawat "misteri" dirakam
Pesawat itu turut menimbulkan tanda tanya dalam kalangan mereka yang gemarkan sains fiksyen. - Gambar tangkapan layar Sputnik News
PANGKALAN Tentera Udara Amerika Syarikat di Nevada atau lebih dikenali sebagai Area 51, sering mendapat jolokan dan reputasi sebagai fasiliti dan makmal untuk ujian saintifik membabitkan makhluk asing.
Baru-baru ini, sebuah pesawat misteri dapat dilihat di bahagian utara Area 51, memetik laporan The Drive, yang melaporkan objek berkenaan merupakan rakaman imej satelit.
Imej berkenaan yang dipercayai dirakam Planet Labs, menyerupai sebuah jet pejuang tanpa sayap berbentuk delta dan dilaporkan tidak pernah kelihatan sebelum ini.
Planet Labs juga melaporkan mengenal pasti beberapa aktiviti di hangar lapangan Area 51 di mana pesawat berkenaan berada – dan aneh kerana tidak pernah berlaku sebarang aktiviti ketenteraan di situ.
“Pesawat itu berukuran 65 kaki dan mempunyai kelebaran 50 kaki – mempunyai sayap mirip pesawat Concorde, dengan lengkung yang berbentuk moden, lapor Planet Labs.
Mysterious aircraft spotted at Area 51 in unprecedented satellite image:https://t.co/G1hcptw08r
— Tyler Rogoway (@Aviation_Intel) February 2, 2022
Tujuan pesawat itu berada di situ masih belum dapat dipastikan setakat ini.
Ada juga yang berpendapat pesawat misteri berkenaan itu berkemungkinan digunakan sebagai prototaip untuk membina jet misil berkelajuan laju.
Lokasi itu mempunya beberapa fasiliti sulit untuk program kajian, dengan kawasan di sekelilingnya ditutup untuk orang ramai dan ahli tentera. Kebiasaannya, Area 51 digunakan utnuk kajian sains yang membabitkan makhluk asing dan objek tidak dikenal pasti (UFO).
The Drive turut melaporkan, ia mungkin pesawat lama yang disimpan di lokasi itu.
Topic Berkaitan
#Area 51
#Planet Labs
#pesawat misteri
#UFO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan