Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digantung jawatannya sebagai Timbalan Presiden UMNO pada Jumaat berikrar akan terus bersuara biarpun tidak lagi memegang jawatan utama dalam parti dan kerajaan.
Dalam satu kenyataan media yang disiarkan menerusi akaun Facebook peribadinya, Muhyiddin menegaskan beliau akan terus bersuara untuk menegakkan kebenaran dan menuntut reformasi institusi yang lebih menyeluruh.
Ahli Parlimen Pagoh itu juga menegaskan keputusan Majlis Tertinggi UMNO itu telah dijangkakan dan ia bukan sesuatu yang mengejutkan.
"Saya akan terus bersuara untuk menegakkan kebenaran dan menuntut reformasi institusi (institutional reform) yang lebih menyeluruh.
"Kuasa Perdana Menteri untuk menasihati Yang Di-Pertuan Agong dalam pelantikan dan pelucutan jawatan Peguam Negara mesti dihadkan," katanya.
VIDEO: Tan Sri Muhyiddin digantung jawatan Timbalan Presiden UMNO - Tengku Adnan
BACA: Keputusan gantung jawatan Muhyiddin diambil secara konsensus - MT UMNO
BACA: Jawatan Muhyiddin digantung: Apa reaksi barisan pemimpin UMNO?
BACA: Tindakan ke atas Muhyiddin kerana gagal menjalankan tugas - Annuar Musa
Muhyiddin juga menegaskan beliau tidak berduka dengan apa yang berlaku dan tidak akan membuat rayuan terhadap keputusan MT UMNO menggantung jawatan beliau biarpun tidak diberi peluang untuk membela diri.
Ujar beliau, MT UMNO lebih mementingkan soal teknikal dalam mengambil tindakan terhadap dirinya daripada meneliti kandungan ucapan yang disampaikan.
"Malah MT juga tidak mengikut prosedur tatatertib. Saya tidak diberikan surat tunjuk sebab dan tempoh masa untuk membela diri. Saya tidak dihadapkan ke Lembaga Disiplin untuk membolehkan lembaga membuat perakuan kepada MT.
"Ahli biasa pun diberikan peluang untuk membela diri sedangkan saya terus dihukum," katanya lagi.
Muhyiddin juga mendakwa pada peringkat awal, beberapa pemimpin utama UMNO datang menemuinya dan meminta beliau melakukan sesuatu untuk memperbetulkan keadaan.
"Apabila saya mula bersuara, orang-orang yang sebelumnya datang menemui saya mula menjauhkan diri daripada saya.
"Hari ini, orang-orang inilah yang paling lantang mengecam saya," ujar beliau.
Muhyiddin turut menghargai mereka yang menyatakan sokongan untuk terus berjuang bersamanya.
Astro Awani
Sat Feb 27 2016
Jawatan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin digantung serta-merta sehingga pemilihan parti akan datang. - Gambar Fail
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
UMNO tidak terima pemakluman Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Parti yang dibentuk dalam Kerajaan Perpaduan tidak seharusnyaambil mana-mana ahli parti lain dalam gabungan itu bagi menjaga hati parti masing-masing.
Tajudin bimbang wujud sindrom ‘bisu’ dalam kalangan pemimpin UMNO
Pemimpin-pemimpin UMNO di semua peringkat dibidas kerana tidak berani bersuara untuk memperjuangkan masalah rakyat.
UMNO anjur konvensyen peringkat negeri mulai bulan depan
Penganjuran itu bagi mempertingkatkan kesefahaman dan kerjasama, antara parti-parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan.
'Akhirnya, UMNO tetap dengan solidariti, setiakawan'
Abdul Rahman berkata, perbincangan mesyuarat yang mengambil masa selama tiga jam itu telah berjaya diselesaikan dengan baik.
Mesyuarat MT UMNO bincang perkukuh parti hadapi PRU15
Bung Moktar berkata mesyuarat juga tidak membincangkan mengenai tarikh pilihan raya dan menegaskan ia adalah hak Perdana Menteri.
MT UMNO serah kepada Johor untuk lakukan persiapan hadapi PRN
Sebagai sebuah parti, UMNO sentiasa bersedia untuk menghadapi pilihan raya bukan sahaja di Johor sebaliknya di seluruh negara, kata Ismail Sabri.
Politik Melaka: MKT UMNO akan bermesyuarat Khamis ini - Ahmad Maslan
Majlis Tertinggi (MT) UMNO akan bermesyuarat pada Khamis ini bagi membincangkan kemelut politik di Melaka, kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Ahmad Maslan.
UMNO beri tempoh 14 hari untuk kerajaan panggil sidang Parlimen
Ahmad Zahid berkata, kegagalan kerajaan melaksanakan titah tersebut dianggap satu bentuk penderhakaan dan tidak menghormati institusi Raja-Raja Pemerintah.
UMNO jangan berdiam diri, ambil tindakan pada individu langgar keputusan parti - Shahidan
Datuk Seri Shahidan Kassim berkata MT UMNO tidak boleh dilihat berdiam diri dengan tindakan membelakangkan keputusan parti.
Masih ada ruang kerjasama UMNO dan Pas dalam MN - Azlan Man
Masih ada ruang kerjasama membabitkan UMNO dan Pas menerusi Muafakat Nasional (MN) meskipun Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) terus memperkasakan hubungan di dalam Perikatan Nasional (P