awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes selesema melebihi tahap amaran di Jepun
313,529 saman dikeluarkan di KL sejak 1 Oktober lalu
Pendatang Israel serang dua rakyat Palestin, larikan 150 ekor kambing di timur Ramallah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesyuarat MT UMNO bincang perkukuh parti hadapi PRU15

Bernama
Bernama
27/08/2022
22:32 MYT
Mesyuarat MT UMNO bincang perkukuh parti hadapi PRU15
Ahli Majlis Tertinggi UMNO mengadakan mesyuarat malam tadi, membincangkan antara lain, usaha memperkukuh parti bagi menghadapi PRU15. -- fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO malam tadi membincangkan mengenai usaha untuk memperkukuhkan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ahli MT Datuk Seri Bung Moktar Radin memaklumkan perkara itu ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat yang berlangsung kira-kira dua jam itu selesai.
"Mesyuarat tak bincang perkara tidak penting... kita bincang untuk memperkuatkan parti. Parti kuat, kita menang," katanya.
Mesyuarat berkenaan yang dipengerusikan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan dihadiri Perdana Menteri yang juga Naib Presiden Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan dua Naib Presiden Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta barisan ahli MT.
Mengulas lanjut, Bung Moktar berkata mesyuarat juga tidak membincangkan mengenai tarikh pilihan raya dan menegaskan ia adalah hak Perdana Menteri.
Mohamed Khaled pula hanya menjawab "solidariti" ketika ditanya mengenai apakah agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan.
BACA: 'Mesyuarat MKT UMNO berjalan dengan baik' - Ahmad Maslan
Sementara itu, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan menerusi hantaran di laman Twitter berkata tiada kenyataan media dikeluarkan selepas mesyuarat MT pada malam tadi, namun mungkin dikeluarkan hari ini.
Menurutnya berita berkaitan UMNO sudah banyak disiarkan semalam selepas Taklimat Khas Presiden UMNO yang diadakan sebelah petangnya di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini.
"Mesyuarat telah berjalan dengan baik, bermula jam 9 malam dan berakhir sekitar jam 11.15 malam," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bung Moktar Radin
#Majlis Tertinggi UMNO
#Ahmad Maslan
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan