KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui PLANMalaysia telah menggubal Draf Garis Panduan Perancangan Penginapan Pekerja Berpusat (Centralised Labour Quarters) bagi memastikan pembangunan dan operasi penginapan pekerja lebiht eratur, lengkap dan mampan.
Menurut kenyataan KPKT pada Ahad, draf itu meliputi cadangan penginapan di kawasan baharu dan kawasan brownfield (premis terbiar dan terbengkalai) sebagai satu daripada kaedah penyelesaian jangka panjang bagi penginapan pekerja.
"Garis panduan ini akan dibentangkan di mesyuarat Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) yang dijadualkan pada 13 Julai (Selasa) untuk tujuan pertimbangan dan mendapat maklum balas daripada kerajaan negeri," katanya.
Menurut KPKT, permohonan penginapan dan asrama pekerja di kawasan perumahan adalah tidak dibenarkan terhadap unit-unit kediaman bagi kategori kos rendah, Program Perumahan Rakyat (PPR) dan mampu milik bagi tujuan penginapan pekerja. Ia turut merangkumi kediaman berbentuk pangsapuri atau flat awam.
Bagi menyelesaikan isu dan permasalahan semasa berkaitan penginapan pekerja (khususnya pekerja asing), KPKT telah pun menyediakan Prosedur Permohonan Penginapan Pekerja Sementara Secara Jangka Pendek yang diluluskan oleh MNKT pada 2 Mac lepas, katanya.
Kenyataan itu memaklumkan pekeliling khas Ketua Setiausaha KPKT telah diedarkan kepada semua negeri pada 23 Mac untuk diterima pakai dan dilaksanakan oleh kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT), khususnya di Semenanjung Malaysia bagi tempoh tiga tahun (2021 sehingga 2023).
"Kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 2Jun telah bersetuju untuk menerima pakai sepenuhnya prosedur ini. Ini bermakna PBT perlu menguatkuasakan prosedur ini mulai dari tarikh prosedur ini diterima pakai, dan bukannya akan dikuat kuasakan kepada permohonan baharu pada tahun hadapan," katanya.
Menurut KPKT, Prosedur Permohonan Penginapan Pekerja Sementara Secara Jangka Pendek tersebut menyenaraikan enam alternatif bagi tujuan permohonan penginapan pekerja secara jangka pendek di premis sedia ada iaitu:
Penginapan pekerja di kawasan perumahan, asrama pekerja di kawasan perumahan, penginapan pekerja di unit rumah kedai, penginapan pekerja atau asrama pekerja di kedai pejabat atau plot perniagaan, penginapan pekerja atau asrama pekerja di premis perindustrian dan asrama pekerja di dalam tapak bina.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan Selangor, Rodziah Ismail sebelum ini dilaporkan media meminta KPKT melaksanakan segera garis panduan untuk tidak membenarkan majikan menjadikan pangsapuri atau flat awam sebagai asrama pekerja asing.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 11 2021
KPKT melalui PLANMalaysia telah menggubal Draf Garis Panduan Perancangan Penginapan Pekerja Berpusat bagi memastikan pembangunan dan operasi penginapan pekerja lebiht eratur, lengkap dan mampan.
Pelaksanaan SKDS 2.0 bantu elak ketirisan, seludup diesel berterusan
Pelaksanaan Pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) bersama Industri Pengangkutan Barangan merupakan langkah dalam mewujudkan persekitaran lebih kondusif dan mengelak ketirisan dan penyeludupan berterusan.
Lawatan Rasmi: Mohamad ke China bermula hari ini
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan lawatan rasminya yang pertama ke China selama tiga hari bermula hari ini.
Kupang Port Dickson masih belum selamat dimakan
Larangan terhadap pengambilan kerang-kerangan (dwicengkerang) dari perairan Port Dickson masih lagi dikuatkuasakan demi keselamatan pengguna.
Sivasangari kini ranking ke-11 dunia
Jaguh skuasy wanita negara S. Sivasangari semakin menghampiri kelompok 10 pemain terbaik dunia selepas melonjak dua anak tangga menduduki ranking ke-11 dunia.
Sultan Selangor zahir dukacita, insiden menyayat hati
Sultan Sharafuddin menambah baginda amat menghargai jasa, bakti dan pengorbanan anggota TLDM yang gugur semasa bertugas.
Mayat mangsa dibawa ke HRPB untuk proses bedah siasat
Kesemua 10 mayat mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk proses bedah siasat.
10 maut Helikopter bertembung di Lumut
Dua buah helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilaporkan terhempas ketika menjalani raptai di Kem Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Manjung, Perak.
AWANI Ringkas: 10 anggota TLDM maut | Subsidi bersasar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Guru di kawasan pedalaman Sabah tinggal dalam rumah usang
Aliakbar berkata, beliau banyak menerima aduan daripada pendidik di luar bandar termasuk dari kawasan Sipitang.
'Langkah kerajaan laksana subsidi bersasar, skim baharu gaji penjawat awam berdasarkan prinsip'
Beliau berkata langkah itu juga bagi memastikan kedudukan fiskal yang lebih baik dan mengurangkan bebanan kewangan negara.
KPKT salur RM5.21 juta tingkatkan infrastruktur Hulu Selangor - Nga
KPKT peruntuk RM5.21 juta bagi menambah baik infrastruktur awam di bawah seliaan Majlis Perbandaran Hulu Selangor dan Projek Kampung Cina.
KPKT arah PBT kompaun individu buang sampah keluar kenderaan
KPKT mengarahkan pihak berkuasa tempatan untuk mengeluarkan kompaun terhadap individu yang membuang sampah keluar dari kenderaan serta-merta.
Jalan rosak: KKR, MoT, KPKT kukuh jalinan kerjasama
Kementerian Kerja Raya (KKR), Kementerian Pengangkutan (MOT) serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengadakan perbincangan semalam dalam usaha mengukuhkan lagi jalinan kerjasam.
KPKT berjaya pulih 10,560 perumahan swasta dengan GDV RM8.23 bilion
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berjaya memulihkan 10,560 perumahan swasta daripada 88 projek dengan nilai pembangunan kasar (GDV) mencecah RM8.23 bilion setakat Februari lepas.
Agong berkenan berangkat rasmi HLN 2024 Mei ini
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan untuk berangkat merasmikan Sambutan Hari Landskap Negara (HLN) 2024 di Taman Tasik Shah Alam, Selangor pada 25 Mei.
KPKT terbuka terima cadangan mana-mana kampung sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sentiasa terbuka untuk menerima sebarang cadangan berkaitan pencalonan mana-mana kampung sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Projek rumah harga RM300,000 ke bawah paling banyak terbengkalai - KPKT
Aiman Athirah berkata daripada 81 projek berkenaan, ia membabitkan 23,031 unit rumah dan 12,565 pembeli.
Urusan lesen dipermudahkan, tempoh lulus pusat hiburan, kilang, tadika dipendekkan 14 hari
Proses dokumentasi, penilaian teknikal dan tempoh kelulusan 'Lesen Berisiko' seperti pusat hiburan, kilang dan tadika, dipendekkan kepada maksimum 14 hari bekerja berbanding 32 hari sebelum ini.
KPKT akan adakan sesi libat urus, tambah baik OSC 3.0 Plus
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mengadakan sesi libat urus hingga September ini bagi menambah baik Pusat Setempat (OSC) 3.0 Plus di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT).
KPKT sasar pembaziran sisa yang dilupuskan pada bulan Ramadan turun 3 peratus
Secara puratanya, sebanyak 8,159 tan sisa pepejal dilupuskan di 28 tapak pelupusan di bawah selian SWCorp pada bulan Ramadan tahun lalu.