KUCHING: Selepas kali terakhir diadakan pada 2018, masyarakat Dayak di Sarawak cukup teruja meraikan Niti Daun, aktiviti perarakan terbesar sempena sambutan Gawai Dayak di negeri ini.
Lebih meriah, perarakan tersebut turut disertai Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg .
Perarakan sejauh 1.2 kilometer melibatkan Lebih 3,000 peserta mewakili 91 kontinjen ini bermula dari bangunan Tun Jugah menuju ke pentas utama Tower Square, Tebingan Kuching.
Ia dimulakan dengan upacara Ngerandang Jalai, upacara simbolik pembuka jalan dengan memalu gong sebanyak tujuh kali yang bertujuan memohon agar program berjalan dengan lancar.
Menurut Ketua Kontinjen Army of Sarawak Dayak Iban, Mabong Unggang,55, perarakan ini juga adalah sebahagian daripada upacara Ngerandang Jalai iaitu membersihkan laluan bagi menghalau roh dan unsur-unsur jahat di sepanjang laluan.
“Secara tradisi, upacara ini dilakukan oleh para pahlawan Iban dan diikuti oleh pembawa-pembawa piring.
“Manakala di belakang pembawa piring pula ialah indu piring iaitu wanita-wanita yang membawa dan menaburkan rendai (bertih beras) di sepanjang laluan bertujuan untuk menyah roh jahat.
Pertama kali menyertai acara ini, Chaterine Lanyau 59 tahun, bukan sahaja teruja mempromosi tradisi dan budaya Iban kepada masyarakat luar, malah gembira menggayakan pakaian tradisional kaumnya.
Bagi Matin Daring pula, perarakan Niti Daun menjadi platform untuknya mengetengahkan busana tradisional komuniti Bidayuh Lundu.
“Material pakaian ini kebiasaannya menggunakan kulit kayu.
“Antara aksesori yang diguna termasuklah gigi babi hutan kerana ianya mudah didapati berbanding gigi beruang.
“Kebanyakannya orang dahulu banyak menggunakan pakaian seperti ini dan barangkali ada bersangkut paut dengan fesyen pahlawan Bidayuh di zaman silam,” katanya.
Terdahulu, sebelum bermulanya Niti Daun, Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas bersama ahli-ahli jawatakuasa lain mengadakan upacara Miring.
Azizah Alwi
Sat Jun 17 2023
Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama pemimpin kerajaan Sarawak turut bersama lebih 3,000 peserta memeriahkan perarakan Niti Daun sejauh 1.2 kilometer. - Astro AWANI
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa Jabatan Peguam Negara tarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
Gawai Dayak: Tebingan Kuching dibanjiri peserta raikan Niti Daun
Perarakan ini juga adalah sebahagian daripada upacara ngerandang iaitu membersihkan laluan bagi menghalau roh dan unsur-unsur jahat di sepanjang laluan.
125 menara telekomunikasi luar bandar Sarawak mula beroperasi 1 Jun ini
Sebanyak 125 menara telekomunikasi luar bandar mula beroperasi di Sarawak menjelang perayaan Gawai Dayak 1 Jun ini menerusi inisiatif Telekomunikasi Luar Bandar Lembaga Multimedia Sarawak (SMART).
Perkhidmatan bot ekpres Kapit dan Sibu ditangguh sementara
Penangguhan sementara ini melibatkan laluan ulang alik dari Kapit-Putai, Sibu-Putai, dan Kapit-Belaga.
Go Shop tawar penghantaran percuma dan diskaun sempena Kaamatan, Gawai
Platform membeli-belah gaya hidup dan e-dagang, Go Shop menawarkan perkhidmatan penghantaran secara percuma dan diskaun sehingga 50 peratus bersempena sambutan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai.
Kekal tradisi Gawai, tarian Ngajat tidak dilupa walaupun dalam suasana PKPB
Keaslian seperti ditonjolkan dalam Ngajat Ngalu Temuai masih disemai bagi mengangkat tarian warisan yang cukup dekat di hati anak Iban...
KPDNHEP pantau 800 pusat jualan di Sarawak sepanjang musim perayaan
Sebarang kekurangan barang keperluan akan terus ditempah bagi memastikan keperluan sepanjang Aidilfitri dan Gawai Dayak mencukupi.
Stok makanan asas untuk Hari Raya dan Gawai di Sarawak mencukupi
Bekalan dan stok makanan asas dijamin mencukupi bagi menampung penggunaan pada bulan Ramadan, Hari Raya Aidilfitri dan perayaan Gawai.
DBKU bangunkan aplikasi Helpy Service untuk bazar Gawai Dayak, Ramadan
Pihak Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) ambil inisiatif bangunkan sebuah aplikasi bagi membantu para peniaga bazar Gawai Dayak dan Ramadan di negeri itu.
Bazar Ramadan dan bazar Gawai Dayak di Sarawak dibatalkan
Penganjuran bazar Ramadan dan bazar Gawai Dayak di Sarawak dibatalkan untuk edisi tahun ini.
Tarian Ngajat identiti masyarakat Iban
Sinonim dengan lengguk tarinya, tarian Ngajat pada satu ketika dahulu ditarikan bagi menyambut pahlawan Iban pulang dari berperang.