awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dana latihan RM10,000 pacu bakat tempatan sektor semikonduktor Selangor
Flotila bantuan Global Sumud akan berlepas semula ke Gaza dari Barcelona pada 29 Mac
Pendidikan awal: KPM jamin tiada penolakan pendaftaran murid, tumpu persiapan maksimum

Gawai: Orang ramai dinasihat utamakan keselamatan jalan raya - Residen Sibu

Bernama
Bernama
23/05/2025
21:15 MYT
Gawai: Orang ramai dinasihat utamakan keselamatan jalan raya - Residen Sibu
Orang ramai yang akan pulang ke kampung halaman sempena cuti perayaan Gawai Dayak pada 1 Jun ini diingatkan supaya sentiasa mengutamakan keselamatan dan berwaspada semasa di jalan raya. - Gambar fail
SIBU: Orang ramai yang akan pulang ke kampung halaman sempena cuti perayaan Gawai Dayak pada 1 Jun ini diingatkan supaya sentiasa mengutamakan keselamatan dan berwaspada semasa di jalan raya.
Residen Bahagian Sibu, Abang Mohamad Porkan Abang Budiman berkata, keselamatan jalan raya merupakan tanggungjawab yang mesti dipikul bersama.
Beliau yang juga Pengerusi Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) Bahagian Sibu berkata, ini termasuk mengelak daripada memandu dalam keadaan mengantuk, mematuhi had laju serta tidak menggunakan telefon bimbit semasa memandu.
"Tanpa perubahan sikap, semua inisiatif keselamatan yang dilaksanakan akan sia-sia," katanya ketika berucap pada pelancaran Program Kempen Keselamatan Jalan Raya Bahagian Sibu sempena sambutan Hari Gawai Dayak 2025, di sini, pada Jumaat.
Abang Mohamad Porkan berkata, program seperti ini bukan sekadar pendidikan malah merupakan seruan kepada masyarakat untuk menjadikan keselamatan jalan raya sebagai keutamaan bersama.
"Statistik terkini Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan lebih 683 kes kemalangan direkodkan di Bahagian Sibu dari Januari hingga April 2025 dengan 13 nyawa terkorban. Ini bukan sekadar angka, ia mewakili keluarga yang kehilangan, masa depan yang terhenti dan kesedihan yang tiada ganti," katanya.
Beliau berkata, kontraktor yang terlibat dalam projek pembinaan jalan raya diingatkan agar sentiasa turun padang memantau pelaksanaan projek dengan orang ramai turut mempunyai hak untuk menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap mutu pembinaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gawai
#Sibu
#keselamatan jalan raya
#perayaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.