KUALA LUMPUR:Gejala rasuah dalam kalangan penjawat awam di negara ini disifatkan merupakan satu pandemik dan merupakan satu isu yang sangat serius.
Presiden Persatuan Pemeriksaan Penipuan Bertauliah Malaysia, Datuk Seri Akhbar Satar berkata perlakuan mengambil rasuah yang meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan dilihat menjadi satu budaya di negara ini.
“Pergi jabatan mana sahaja pun, ia (gejala rasuah) akan berlaku. Sebagai contoh, di KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur), terdapat lebih 30,000 PATI (pendatang asing tanpa izin) dibenarkan masuk ke negara ini dengan begitu mudah dengan mendapat imbuhan.
“Keduanya, aktiviti pelacuran yang mana pelacur yang masuk ke negara ini memberikan rasuah kepada pegawai. Ia bukan sahaja memberi kesan yang tidak baik, malah merosakkan imej negara.
“Macau Scam pula.. alangkah sedih pegawai kami sendiri yang terlibat dan membantu sindiket tersebut. Dari segi sindiket penipuan dan rasuah, ia berlaku bukan satu pihak sahaja, pastinya antara orang luar dengan orang dalam. Kena ada orang dalam,” kata Akhbar dalam temu bual bersama Buletin AWANI pada Isnin.
BACA: Dewan Rakyat: Subjek rasuah jadi mata pelajaran wajib di IPT
BACA: 71 peratus rasa rasuah kerajaan masalah serius, 67 peratus puji usaha banteras rasuah
Berdasarkan kajian psikologi, Akhbar menjelaskan, teori ‘fraud diamond’ memperincikan empat punca berlakunya jenayah rasuah iaitu peluang, tekanan, rasionalisasi dan kemampuan.
“Penjenayah ada dialog dalam dirinya yang berkata-kata - sekiranya pihak atasannya boleh mengamalkan amalan rasuah, mengapa dia tidak boleh melakukan perbuatan yang sama.
“Dari segi faktor kemampuan pula, walaupun kami mempunyai peluang tetapi tiada ilmu dan kepakaran untuk melakukan perbuatan rasuah, maka itu tidak akan jadi.
“Oleh itu, semakin tinggi jawatan seseorang itu, semakin banyak dia dapat melakukan rasuah,” jelasnya.
Pada 26 November, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan berkata 2,287 kertas siasatan dibuka ke atas penjawat awam bagi menyiasat aduan kesalahan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan sejak 2016 hingga September lalu.
Takiyuddin berkata kertas siasatan itu dibuka sepanjang tempoh 2016 hingga September 2020 dan kerajaan komited dalam usaha memerangi rasuah, memperbaiki integriti dan melaksanakan urus tadbir yang baik.
Isabelle Leong
Mon Nov 30 2020

AKHBAR: Semakin tinggi jawatan seseorang itu, semakin banyak dia dapat melakukan rasuah. - Gambar fail

PKP 2.0 di Seremban, Port Dickson bermula esok
Keputusan itu dibuat atas nasihat dan penilaian risiko Kementerian Kesihatan (KKM) susulan terdapat peningkatan kes COVID-19 yang sangat tinggi dan mendadak dalam tempoh 14 hari yang lalu.

Pengisytiharan darurat bertujuan mengekang COVID-19
PM sekali lagi menegaskan pengisytiharan darurat semata-mata bertujuan mengekang penularan wabak COVID-19 yang kini menjadi ancaman terbesar terhadap pembangunan sosioekonomi negara.

Akses maklumat mengenai semua inisiatif dan bantuan tersedia
Semua pihak boleh melayari Portal Manfaat Belanjawan 2021 mulai hari ini, di alamat http://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat

Diskaun khas bil elektrik kepada 6 sektor
Kerajaan bersetuju untuk memberikan diskaun khas bil elektrik sebanyak 10 peratus bagi tempoh Januari hingga Mac 2021 kepada enam sektor perniagaan di seluruh negara.

Bantuan one-off kepada pemandu teksi dan bas
Bagi meringankan beban khususnya pemandu teksi dan bas, kerajaan bersetuju menyediakan bantuan kewangan one-off sebanyak RM500

Tempoh moratorium bagi peminjam PTPTN dilanjutkan
Rakyat boleh memohon moratorium bayaran balik pinjaman PTPTN selama tiga bulan. Permohonan penangguhan boleh dibuat sehingga 31 Mac 2021.

Pengecualian cukai jualan ke atas kenderaan penumpang dilanjutkan
Pengecualian cukai jualan ke atas kenderaan penumpang jenis pemasangan tempatan dan import siap dilanjutkan sehingga 30 Jun 2021.

Pelepasan cukai khas pembelian telefon bimbit dilanjutkan
Pelepasan cukai khas sehingga RM2,500 ke atas pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet dilanjutkan setahun lagi sehingga 31 Disember 2021.

Moratorium, pengurangan bayaran balik pinjaman akan terus disediakan
Moratorium, termasuk lanjutan moratorium dan pengurangan ansuran pinjaman akan ditawarkan oleh bank-bank seperti yang diumumkan sebelum ini.

Pakej PERMAI: Pelepasan cukai khas, pemberian data percuma dilanjutkan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia membabitkan pelepasan cukai khas sehingga RM2,500.

Rasuah bekas Presiden Korea Selatan, pewaris Samsung Group dihukum penjara
Pewaris syarikat gergasi teknologi, Samsung Group (Samsung), Lee Jae-yong dihukum penjara dua setengah tahun kerana didapati bersalah merasuah bekas Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye pada 2015.

Penyokong politik perlu berani tukar ketua terlibat rasuah - Hussamuddin
Negara kini memerlukan sistem organisasi baharu memandangkan yang ada sekarang sudah gagal untuk memerangi rasuah malah negara memerlukan orang baharu untuk memimpin juga.

Jihad untuk menghapuskan rasuah
Reformasi perlu dilakukan dari bawah sampai ke atas dengan melakukan semua perubahan seperti sikap, karakter, moral dan bangsa.

Sinar Harian komited mahu banteras rasuah, tubuhkan Sinar Rasuah Busters
Demi membanteras gejala rasuah yang masih belum berkesudahan, Sinar Harian mengambil inisiatif menubuhkan 'Sinar Rasuah Busters'.

Muhasabah diri, jangan menyumbang kepada salah faham terhadap Islam - Hussamuddin
Menurutnya, umat Islam itu sendiri ramai yang melakukan perkara atau mengeluarkan kenyataan yang tidak menurut ajaran sebenar.

Bekas Presiden Korea Selatan dijatuhi hukuman penjara 20 tahun
Mahkamah tinggi Korea Selatan menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun terhadap bekas Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye atas kesalahan menerima rasuah.

Jangan beri amanah kepada golongan terpalit rasuah - Sultan Nazrin
Baginda bertitah agar masyarakat Islam tidak memberikan amanah kepada golongan yang bermoral lemah dan menyalah guna kuasa.

Penolong pengarah antara empat individu ditahan SPRM Sabah
Empat individu termasuk seorang penolong pengarah agensi kerajaan Persekutuan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah.

Kes Bung Moktar: Surat pindahan wang RM150 juta untuk tujuan pelaburan - Saksi
Bung yang merupakan Pengerusi Bukan Eksekutif pada ketika itu, dituduh menerima rasuah daripada ejen pelaburan Public Mutual Madhi Abdul Hamid, 38, menerusi isterinya Zizie, 42.

Skandal kartel daging: Dua pegawai MAQIS Johor direman lima hari
Tempoh reman berkenaan membolehkan kedua-dua suspek berusia 27 dan 31 tahun itu disiasat lanjut mengikut seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.