awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
‘Jangan sesekali takut dengan kajian’ - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gelandangan temui ajal selepas terjatuh dari pokok mangga

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
26/04/2021
02:48 MYT
Gelandangan temui ajal selepas terjatuh dari pokok mangga
Mayat lelaki berusia lengkap berpakaian berusia dalam lingkungan 60-an itu ditemui dalam keadaan terlentang dengan kesan darah di leher. - Foto JBPM
SEBERANG JAYA: Seorang lelaki yang mayatnya ditemui di dalam longkang di Jalan Tenggiri, Seberang Jaya pagi tadi disahkan meninggal dunia akibat terjatuh dari pokok mangga.
Lelaki gelandangan berusia 54 tahun itu meninggal dunia ekoran kecederaan dialaminya selepas tergelincir dari atas pokok mangga di kawasan itu.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad memaklumkan, polis menerima panggilan daripada orang awam pada jam 7.25 pagi berhubung penemuan mayat lelaki yang lengkap berpakaian itu.
"Mayat mangsa berada dalam keadaan terlentang didalam longkang, siasatan lanjut menemui guni berisi buah pelam (mangga) berhampiran mangsa dan satu lagi guni lagi berada di atas pokok pelam berhampiran dengan longkang tempat dia terjatuh," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Shafee berkata, berdasarkan maklumat yang diperoleh dari penduduk setempat, mangsa adalah gelandangan yang biasa memanjat pokok mangga dan mengambil buah mangga untuk dijual.
"Polis kemudian menghubungi pihak bomba bagi membantu mengeluarkan mayat mangsa dalam longkang terbabit.
"Hasil pemeriksaan ke atas tubuh mangsa mendapati tiada unsur jenayah ditemui," katanya.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk proses bedah siasat.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Topic Berkaitan
#mayat dalam longkang
#Taman Tenggiri
#Seberang Jaya
#kesan darah di leher
#bomba
#polis
#JBPM
#terlentang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan