Banjir gelombang pertama dan kedua yang melanda Kelantan pada awal Disember dan beberapa hari lalu telah merekodkan lima kematian akibat lemas.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Hassanuddin Hassan berkata, gelombang pertama banjir yang berlaku bermula akhir November dan awal Disember lepas menyaksikan tiga kematian.
Manakala pada gelombang kedua banjir yang bermula pada malam Selasa lepas menyaksikan dua kematian akibat lemas.
“Yang gelombang pertama tiga (mangsa), yang ini (gelombang kedua) dua orang, berumur 57 tahun dan 24 tahun, dua-dua lelaki.
“Siasatan kami semua laporan mati mengejut lebih menjurus kepada mengharungi air mungkin dia rasa 'ok', arus kuat, kecundang dan lemas dalam air,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
BACA: "Syukur jasad anak ditemui" - Ibu mangsa lemas
Beliau menjelaskan tiga kes kematian akibat lemas pada gelombang pertama melibatkan, kanak-kanak dan dewasa yang lemas ketika menjala ikan dan seorang dewasa yang terkena renjatan elektrik ketika mengharungi banjir.
Manakala gelombang kedua menyaksikan dua orang dewasa yang cuba mengharungi air deras ketika banjir ditemukan lemas masing masing melibatkan kes di Jeli dan Pasir Mas.
Hassanuddin menjelaskan, hasil laporan yang diterima pihaknya mendapati ramai mangsa banjir tidak mahu berpindah ketika gelombang kedua banjir yang melanda ini.
Katanya tindakan tidak mahu berpindah itu dibimbangi akan mendatangkan masalah sekiranya air naik dengan cepat dan menenggelamkan kawasan rumah.
Pihak polis juga tidak menerima sebarang laporan rumah mangsa banjir dipecah masuk oleh penjenayah sepanjang mangsa banjir berada di pusat pemindahan sementara.
Muhafandi Muhamad
Sat Dec 21 2019
Tindakan tidak mahu berpindah itu dibimbangi akan mendatangkan masalah sekiranya air naik dengan cepat dan menenggelamkan kawasan rumah. - Gambar fail/Astro AWANI
263 pemilik tanah menerima cek pampasan berjumlah RM75.7 juta
Kerajaan negeri Sarawak menyerahkan cek pampasan berjumlah RM75.7 juta kepada 263 pemilik tanah yang terlibat dalam projek Pembangunan Darul Hana.
NUJ, GERAMM ucap takziah pemergian Editor Visual Astro AWANI
NUJ dan GERAMM dalam satu kenyataan bersama menyifatkan Allahyarham, yang mesra disapa sebagai Randy, meninggalkan kenangan sebagai seorang yang dedikasi dan komited dalam tugasnya.
Pengusaha produk warisan Sarawak boleh memohon dana anjur kelas, bengkel
Pengusaha-pengusaha produk warisan, kebudayaan dan kesenian di Sarawak boleh memohon dana mudahcara daripada Kerajaan Sarawak untuk membiayai penganjuran kelas atau bengkel membuat produk berkenaan.
Sabah komited jadi penanda aras terbaik pengurusan antirasuah
Kerajaan Sabah melaluI Bahagian Integriti dan GOvernans Negeri Sabah (BIGONS) telah melaksanakan usaha strategikseperti membangunkan pelan anti-rasuah di setiap 132 agensi di Sabah selain memantau pelaporan status perlaksanaan pelan anti-rasuah melalui sistem i-Do atau i-Dashboard.
Sarawak mahu bawa 'Lipan' dan 'Kerbau' ke pasaran antarabangsa
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg kagum dengan kemampuan dua mesin penuai bijisawit buatan Sarawak 'Lipan' dan 'Kerbau' dan berharap ia dapat dipasarkan di peringat global.
Pindaan Ordinan Buruh Sabah diluluskan selepas 20 tahun
Pindaan pada kali ini merupakan pindaan kali kedua iaitu hampir 20 tahun selepas pindaan terakhir pada tahun 2005. Pada hari ini, Kerajaan telah berjaya membentang RUU OBS untuk bacaan kali kedua dan ketiga di Dewan Rakyat.
Fahmi ucap takziah atas pemergian Editor Video Astro AWANI
Fahmi mendoakan agar seluruh keluarga dan sahabat handai tabah dengan pemergian Allahyarham.
Pantau Agenda Reformasi: Dunia perlu bertindak, lindungi Tentera Pengaman UNIFIL
Bagaimana PBB dan dunia perlu bertindak di sebalik desakan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu supaya PBB keluarkan tentera pengaman UNIFIL?
Usahawan wanita: Data tepat mudahkan bantuan dan sokongan - Tengku Zafrul
Kajian akan membantu penghasilan data yang tepat, sekali gus membolehkan bantuan dan sokongan yang lebih bersasar diberikan.
Thailand janji sokong penuh Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025
Selepas kejayaan Laos menamatkan pengerusiannya, perhatian kini tertumpu kepada Malaysia untuk meneruskan usaha dan komitmen ASEAN.
Jasin kembali banjir, 275 mangsa dipindah ke lima PPS
Daerah Jasin kembali terjejas banjir dengan 275 orang daripada 77 keluarga dipindahkan ke lima pusat pemindahan sementara (PPS) hari ini.
Ahmad Zahid nasihat orang ramai waspada situasi banjir, patuhi arahan
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata semua pihak perlu mematuhi arahan pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga.
Banjir: Tiga PPS dibuka di Pahang
Fasa peralihan monsun yang sedang berlaku menyaksikan Pahang menjadi negeri terbaharu dilanda banjir apabila tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.
Banjir: 405 orang berlindung di enam PPS di Perak
Pada Isnin Jabatan Meterologi Malaysia menjangkakan hampir semua daerah di negeri ini akan hujan pada sebelah petang dan malam.
Pahang negeri terbaru terjejas banjir
Fasa peralihan monsun yang sedang berlaku menyaksikan Pahang menjadi negeri terbaru dilanda banjir apabila dua PPS dibuka.
Mangsa banjir di tiga negeri meningkat petang ini
Di Perak, 262 orang daripada 85 keluarga berada di PPS petang ini berbanding 166 orang daripada 51 keluarga pagi tadi.
745 kawasan dikesan berisiko banjir di Johor, tertinggi pernah direkodkan - Bomba
Batu Pahat merupakan daerah dengan kawasan berisiko banjir paling banyak iaitu 186 kawasan.
Banjir Kedah: Tiga mangsa diselamatkan selepas terperangkap atas pokok
Mohamad Sofi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3.57 pagi.
Jumlah mangsa banjir tiga negeri kembali meningkat pagi ini
Banjir yang melanda Baling telah menyebabkan tiga pusat pemindahan sementara dibuka, manakala dua lagi PPS kini beroperasi di Sik.
Penduduk Sik diingatkan waspada susulan paras air Sungai Chepir melepasi tahap bahaya
Paras air Sungai Chepir meningkat akibat hujan lebat berterusan dari 6 petang semalam hingga 6 pagi tadi.