awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa Bumi Myanmar: ASEAN sedia sokong usaha bantuan, pemulihan - Mohamad

Astro Awani
Astro Awani
28/03/2025
17:16 MYT
Gempa Bumi Myanmar: ASEAN sedia sokong usaha bantuan, pemulihan - Mohamad
Negara-negara anggota ASEAN juga akan bekerja rapat bagi menyelaras bantuan kemanusiaan dan memudahkan operasi bantuan. - FB/Wisma Putra
KUALA LUMPUR: ASEAN bersedia menyokong usaha bantuan dan pemulihan berdasarkan keutamaan yang ditetapkan oleh Myanmar dan Thailand.
Komitmen itu dinyatakan susulan gempa bumi dengan magnitud 7.7 yang menggegarkan Myanmar pada Jumaat.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata dalam kenyataan itu berkata, negara-negara anggota ASEAN juga akan bekerja rapat bagi menyelaras bantuan kemanusiaan dan memudahkan operasi bantuan.
"Malah negara-negara anggota juga akan memastikan tindak balas kemanusiaan yang tepat dan berkesan dengan bantuan Pusat Koordinasi Bantuan Kemanusiaan ASEAN untuk pengurusan bencana (AHA Centre)," katanya.
Selain itu, tambah Mohamad negara-negara anggota menzahirkan takziah dan simpati yang mendalam kepada rakyat Myanmar dan Thailand.
Katanya, ASEAN menegaskan solidaritinya dengan keluarga dan komuniti terjejas oleh gempa bumi dan impaknya.
Pada Jumaat, Kajian Geologi Amerika Syarikat melaporkan satu gempa bumi kuat bermagnitud 7.7 melanda Myanmar pada kedalaman 10 kilometer dan beberapa minit kemudian, gempa susulan berukuran 6.4 pada Skala Richter melanda kawasan yang sama.
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#Myanmar
#Bangkok
#musnah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan