Skip to main content

Malaysia

Gempa bumi sederhana landa Panay, Filipina

71747454828_Gempabumi.jpg
KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi sederhana dilapor berlaku di Panay, Filipina pada jam 8.33 pagi tadi.


Ringkasan AI
  • Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.1 berlaku di Panay, Filipina pada jam 8.33 pagi, berpusat pada koordinat 10.0 Utara dan 121.8 Timur dengan kedalaman 10 kilometer.
  • Lokasi pusat gempa adalah kira-kira 113 kilometer ke barat daya dari Iloilo City, Filipina.
  • Jabatan Meteorologi Malaysia mengesahkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia akibat gempa ini.


Menurut kenyataan dikongsikan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di Facebook, gempa dikesan pada kekuatan magnitud 5.1.


Gempa tersebut berpusat pada koordinat 10.0ยฐ Utara dan 121.8ยฐ Timur, pada kedalaman sekitar 10 kilometer.

Pusat gempa terletak kira-kira 113 kilometer ke arah barat daya dari Iloilo City, Filipina.

MetMalaysia turut memaklumkan bahawa gempa bumi ini tidak membawa sebarang ancaman tsunami kepada Malaysia.






Advertisement

Must Watch Video