MARAN: Empat suspek termasuk seorang wanita anggota sindiket 'Geng Mamat' berjaya ditangkap kerana disyaki mencuri pelbagai peralatan pembinaan bernilai RM30,000 di enam tapak pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di sini, sejak April tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Maran, DSP Norzamri Abd Rahman berkata, kesemua suspek berjaya ditahan bersama peralatan hasil operasi khas dijalankan oleh polis.
Menurut beliau, dalam serbuan pertama, pihaknya menahan sepasang penganggur masing-masing berusia 21 dan 25 tahun di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Sungai Ling, di sini.
Susulan serbuan itu, Norzamri berkata, polis menahan seorang lagi suspek lelaki berusia 32 tahun, yang bekerja sebagai buruh ladang di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Paya Pasir.
Sementara seorang lagi pemuda berusia 19 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori pula ditahan di sebuah rumah di Jalan Kampung Pertanian, Pekan Tajau.
Kata Norzamri, hasil siasatan mendapati modus operandi sindiket tersebut melakukan kegiatan mencuri pada waktu malam di tapak pembinaan yang tidak mempunyai pengawal keselamatan.
Selain menahan empat suspek itu, polis juga, katanya, turut merampas sebuah kereta Proton Iswara, selaras senapang angin dan sepasang gari yang disyaki digunakan untuk aktiviti penyamaran atau peras ugut pekerja asing.
Tidak ketinggalan, kata beliau, sepeket plastik mengandungi dadah jenis syabu seberat 2.13 gram turut dirampas dipercayai bagi kegunaan ahli sindiket itu sendiri.
Kesemua suspek, jelas Norzamri, didapati positif dadah jenis metamfetamin hasil ujian saringan air kencing selain dua daripada mereka mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.
Dalam masa sama, beliau berkata, terdapat dua suspek lagi yang masih bebas dan polis sedang giat mengesan mereka.
Beliau berkata, kesemua suspek telah ditahan reman selama empat hari bermula Sabtu lalu sehingga Selasa sebelum disambung reman untuk siasatan lanjut.
Astro Awani
Tue Aug 09 2022
Polis tahan empat suspek termasuk seorang wanita kerana disyaki curi peralatan bernilai RM30,000 di enam tapak pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Maran, Pahang sejak April tahun lalu.
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Geng Mamat curi peralatan ECRL ditahan
Empat suspek termasuk seorang wanita ditangkap kerana disyaki curi peralatan bernilai RM30,000 di enam tapak pembinaan.