SHAH ALAM: Geng remaja yang aktif melakukan kes pecah lebih 10 buah sekolah di sekitar Klang Selatan dan beberapa daerah lain di Selangor serta Kuala Lumpur sejak Disember lalu, tumpas selepas ditahan polis, Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kesemua remaja lelaki berkenaan yang berusia antara 15 hingga 16 tahun ditahan susulan laporan berhubung kes pecah pejabat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Hamzah di Pelabuhan Klang baru-baru ini.
Menurut laporan daripada wakil sekolah berkenaan, beberapa barang milik sekolah itu telah hilang termasuk tujuh unit komputer riba, 11 unit telefon bimbit dan wang tunai RM2,000, yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM20,000.
“Susulan laporan itu, polis Klang Selatan dan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak telah berjaya menahan lima suspek kerana disyaki terbabit dalam kes berkenaan,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Menurutnya, kesemua remaja tersebut tercicir daripada persekolahan.
Ketika ditahan, Shamsul Amar berkata, pihaknya turut merampas empat buah telefon bimbit yang tertera Harta Kerajaan SMK Dato Hamzah serta empat buah telefon bimbit pelbagai jenama.
Katanya, kelima-lima suspek direman lima hari sehingga hari ini (Rabu) dan akan ditahan semula bersabit kes pecah sekolah yang lain di daerah Klang Selatan.
Menurut beliau, kesemua suspek mengaku terbabit dalam kes yang disiasat bersama enam lagi rakan sejenayah yang masih bebas.
“Suspek juga mengaku bergiat aktif dengan kes pecah sekolah sejak Disember lalu sehingga sekarang di sekitar Daerah Klang Selatan membabitkan lima buah sekolah, Klang Utara (dua sekolah) dan Shah Alam (empat sekolah).
"Selain itu, mereka juga dipercayai terbabit dalam kes pecah sekolah di Petaling Jaya (dua sekolah), Kuala Kubu Bharu (dua sekolah), Subang Jaya (satu sekolah) dan Kuala Lumpur (satu sekolah), tambahnya. - Bernama
Bernama
Wed May 05 2021
Kesemua remaja lelaki berkenaan yang berusia antara 15 hingga 16 tahun ditahan susulan laporan berhubung kes pecah pejabat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Hamzah di Pelabuhan Klang baru-baru ini.
Kanak-kanak maut jatuh kondominium ketika ibu keluar ambil kakak di sekolah
Mangsa dipercayai telah membuka pintu koridor rumah yang tidak berkunci dan memanjat dinding koridor hingga terjatuh ke bawah.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
ANCC2024 membuka peluang kepada pelajar daripada institusi awam dan swasta untuk mengambil bahagian dalam mencipta penyelesaian inovatif bagi memerangi ancaman dalam talian.
AWANI Borneo [25/04/2024] - Istiadat ketenteraan | DUN Sabah | Ringankan beban pelajar B40
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar;
#AWANIBorneo 25 April 2024
Jasad Joanna Felicia selamat disemadi dengan istiadat ketenteraan
Tiga RUU diluluskan pada hari terakhir sidang DUN Sabah
Simpati nasib pelajar B40, Politeknik Tawau lancarkan inisiatif food bank
#AWANIBorneo 25 April 2024
Jasad Joanna Felicia selamat disemadi dengan istiadat ketenteraan
Tiga RUU diluluskan pada hari terakhir sidang DUN Sabah
Simpati nasib pelajar B40, Politeknik Tawau lancarkan inisiatif food bank
PRK Kuala Kubu Baharu: Pemimpin masyarakat India diminta jangan tabur fitnah - Ramanan
Pemimpin masyarakat India diingatkan supaya tidak menyebarkan fitnah dan maklumat salah sebagai senjata bagi meraih undi menjelang PRK Kuala Kubu Baharu.
PBM mampu penuhi permintaan darah yang semakin meningkat
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, kaedah PBM Ini juga satu kaedah alternatif dalam proses transfusi darah kerana ia dapat meningkatkan pengurusan serta penggunaan darah untuk pesakit secara optimum.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Politeknik Tawau lancarkan Food Bank ringankan beban pelajar B40
Pengarah Politeknik Tawau, Md Nor Abdul Halimberkata pihaknya menyahut saranan kerajaan untuk mewujudkan foodbank di kampus bagi membantu meringankan beban pelajar dari golongan B40
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
39, 276 warga asing di Sabah direkodkan ke dalam SWIMS
Warga asing ini didatakan secara digital dengan melibatkan pengambilan maklumat peribadi, pengecaman wajah dan biometrik.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Enakmen Penukaran Tenaga Haba Lautan 2024 dilulus
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor ketika membentangkan RUU Penukaran Tenaga Haba Lautan 2024 berkata, RUU berkenaan akan memberi laluan bagi pembangunan OTEC sebagai sumber tenaga boleh baharu yang baharu dan sebagai salah satu inisiatif utama di bawah Ekonomi Biru.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Saya akan saman sekiranya ada yang fitnah! - Shafie Apdal
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan menyaman pihak yang memfitnah beliau sebagai pendatang asing.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Kebajikan anak mendiang Felicia akan dijaga - Richard Riot
Ahli Parlimen Serian Datuk Seri Richard Riot Jem menyifatkan mendiang Felicia sebagai wirawati negara dan beri jaminan akan memastikan kebajikan anak mendiang akan diberi keutamaan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Geng remaja aktif pecah sekolah tumpas
Geng remaja yang aktif melakukan kes pecah lebih 10 buah sekolah di sekitar Klang Selatan dan beberapa daerah lain di Selangor serta Kuala Lumpur sejak Disember lalu, tumpas.