awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyokong sentiasa berada dengan pasukan - CEO Selangor
'Alhamdulillah', 'Insya-Allah' oleh bukan Muslim dibenar selagi dengan niat baik - IKIM
Pilihan raya Thailand jadi tumpuan, keputusan sukar diramal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gerabak dan lokomotif tergelincir di Segamat, semua penumpang selamat

Isabelle Leong
Isabelle Leong
29/10/2020
06:44 MYT
Gerabak dan lokomotif tergelincir di Segamat, semua penumpang selamat
Tren yang membawa 10 penumpang itu sedang dalam perjalanan dari Stesen Gemas ke Stesen Johor Bahru Sentral sebelum tergelincir di KM 595 iaitu kira-kira lima kilometer dari Stesen Genuang. - Facebook / KTM Berhad
KUALA LUMPUR:Semua penumpang dan kakitangan selamat serta tidak mengalami kecederaan apabila sebuah kereta api tergelincir berhampiran Stesen Genuang di Segamat pada 2.40 pagi Khamis.
Ketua Pegawai Eksekutif Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Datuk Ir. Kamarulzaman Zainal berkata tren yang membawa 10 penumpang itu sedang dalam perjalanan dari Stesen Gemas ke Stesen Johor Bahru Sentral sebelum tergelincir di KM 595 iaitu kira-kira lima kilometer dari Stesen Genuang.
"Kegelinciran bagaimanapun hanya melibatkan dua gerabak dan satu lokomotif.
“Landasan utama masih boleh digunakan serta tidak menghalang perkhidmatan tren lain,” kata Kamarulzaman dalam satu kenyataan pada Khamis.
Sumber Facebook ktmberhad
Beliau berkata terdapat sedikit kelewatan dijangka akan berlaku di sektor selatan antara Gemas dan Johor Bahru.
Ia disebabkan semua tren yang melalui kawasan kejadian telah diarahkan untuk memperlahankan kelajuan.
Pihaknya juga memohon maaf kepada para penumpang yang terlibat dalam kejadian itu.
View this post on Instagram
Kereta Api Tergelincir, Semua Penumpang Selamat.
A post shared by Keretapi Tanah Melayu Berhad (@ktmbofficial) on
Oct 28, 2020 at 11:02pm PDT
“Kami telah menyediakan kenderaan alternatif bagi membolehkan semua penumpang dapat meneruskan perjalanan ke Stesen Johor Bahru Sentral,” katanya.
Tambahnya, usaha baik pulih sedang giat dijalankan di lokasi kejadian.
"Siasatan terperinci juga telah dimulakan bagi mengenal pasti punca kejadian,” ujarnya.
Katanya, siasatan turut membabitkan badan di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia termasuk Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).
Topic Berkaitan
#KTMB
#Keretapi Tanah Melayu Berhad
#kereta api
#tergelincir
#Stesen Genuang
#Segamat
#Kamarulzaman Zainal
#gerabak
#lokomotif
#Gemas
#Johor Bahru
#Agensi Pengangkutan Awam Darat
#APAD
#Kementerian Pengangkutan Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan