KUALA LUMPUR :Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) mengingatkan peniaga-peniaga mikro yang layak dan masih belum menerima bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) agar membuat permohonan segera selewat-lewatnya pada 31 Oktober 2020.
LHDN berkata, permohonan bantuan kerajaan secara one-off berjumlah RM3,000 ini boleh dibuat secara dalam talian di https://gkp.hasil.gov.my/.
"Seperti sedia maklum, GKP telah diperkenalkan kerajaan di bawah pakej Prihatin Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Tambahan untuk membantu peniaga-peniaga mikro yang terkesan dengan penularan wabak COVID-19.
"Permohonan GKP sebelum ini telah memanfaatkan 545 ribu peniaga mikro seluruh negara dengan nilai sebanyak RM1.63 bilion," katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.
Dalam pada itu, LHDN berkata, di bawah Kerangka Initiatif Tambahan Khas, Kita Prihatin, kerajaan
bersetuju untuk membuka semula permohonan GKP mulai 1 Oktober hingga 31 Oktober 2020 dan bayaran dijangka akan dibuat mulai 25 November 2020.
"Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan mulai 15 November 2020," jelas kenyataan itu.
Sementara itu, LHDNM memaklumkan bahawa semua pejabat LHDNM di Menara Hasil Bangi dan Hasil Care Line (HCL) ditutup sementara mulai 27 Oktober 2020 sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan
kelak.
Menurut kenyataan itu, ia bagi memberi laluan kepada kerja-kerja sanitasi dilakukan di bangunan berkenaan.
"Berikutan itu talian telefon untuk pertanyaan percukaian iaitu 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (Luar Negara), serta Bantuan Sara Hidup (BSH) iaitu 1-800-88-2747 akan tergendala seketika.
"Dalam tempoh ini, sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan perkhidmatan LHDN boleh dibuat secara dalam talian menerusi saluran media sosial dan HASiL live chat," tambah kenyataan itu lagi.
Fauzi Suhaimi
Mon Oct 26 2020
Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan mulai 15 November 2020.
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir: Tiga pejabat LHDN di Kedah ditutup sementara
Tiga pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Kedah ditutup sementara mulai hari ini, berikutan keadaan banjir yang semakin buruk di kawasan terlibat.
LHDN komited tingkat pematuhan cukai menerusi audit dan siasatan
Hisham berkata, kesemua tindakan itu dilaksanakan mengikut undang-undang yang ditetapkan.
Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang tidak diaudit 17 tahun
Pengauditan terhadap Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang akan dilaksanakan segera berikutan laporan kewangan lembaga itu didapati tidak pernah diaudit sepanjang tempoh 17 tahun.
LHDN tidak pernah hantar pautan status bayaran balik melalui portal MyTax
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak pernah menghantar sebarang pautan kepada pembayar cukai berkaitan status bayaran balik melalui portal MyTax, menurut agensi pentadbir cukai itu.
Nai'mah peroleh penangguhan sementara bayar tunggakan cukai RM313.82 juta
Panel tiga hakim yang membuat keputusan sebulat suara, berpandangan bahawa permohonan Nai'mah mempunyai merit.
Pelaksanaan sijil pematuhan cukai secara rintis diperluas hingga 31 Mac 2025
TCC akan menjadi dokumen yang diwajibkan pada peringkat tawaran perolehan serta memenuhi obligasi dan patuh kepada undang-undang percukaian negara.
Na'imah gagal tangguh sementara perintah bayar tunggakan cukai RM313 juta
Hakim berkata pembayaran cukai mesti dibuat tanpa mengira jumlahnya, walaupun dalam pertikaian undang-undang yang sedang berjalan.
LHDN tidak keluarkan kenyataan, maklumat di WhatsApp guna nama Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan atau maklumat teks menggunakan nama Ketua Pegawai Eksekutifnya seperti yang tular menerusi aplikasi WhatsApp.
LHDN gesa lebih banyak syarikat sertai Program TCG, mantapkan pengurusan cukai
LHDN menggesa lebih banyak syarikat yang memenuhi kriteria kelayakan, untuk menyertai Program TCG bagi memantapkan pengurusan cukai syarikat mereka.
Pengecualian cukai UTAR atas dasar kerajaan tidak kenakan cukai kepada pendidikan bukan keuntungan - PM Anwar
Pengecualian cukai kepada Universiti Tunku Abdul Rahman yang dilapor berhutang dengan LHDN disebabkan dasar kerajaan yang tidak mengenakan cukai terhadap entiti berasaskan pendidikan bukan keuntungan.