MALAYSIA
Global Sumud Flotilla: Hanya tiga kapal bawa rakyat Malaysia masih ada hubungan

Secara keseluruhannya, sebanyak 10 kapal membawa 23 rakyat Malaysia dalam misi GSF menuju ke Gaza. - Gambar fail/Reuters
SEPANG: Hanya tiga kapal yang membawa rakyat Malaysia dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) menuju ke Gaza masih disahkan belayar dan mengekalkan hubungan dengan Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) setakat pukul 10 pagi ini.
Ringkasan AI
- Tiga kapal GSF iaitu Fair Lady, Free Willy dan Inana masih berhubung dengan Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), membawa enam rakyat Malaysia.
- Dua kapal lain, Estrella dan Mikeno, terputus hubungan; status sama ada dipintas atau penumpang ditahan tentera Israel belum disahkan.
- Sehingga 7.50 pagi, 12 rakyat Malaysia disahkan ditahan selepas kapal mereka memasuki zon merah, manakala empat lagi berada di kapal Jong sebagai pemerhati di luar zon merah.
Mereka yang berada di atas kapal Estrella ialah PU Rahmat, Norhelmi, Mohd Asmawi dan Norazma, manakala Mikeno membawa seorang lagi rakyat Malaysia, Ardell Aryana.
Secara keseluruhannya, sebanyak 10 kapal membawa 23 rakyat Malaysia dalam misi GSF menuju ke Gaza.
Sehingga pukul 7.50 pagi waktu Malaysia, seramai 12 rakyat Malaysia disahkan ditahan tentera Israel selepas kapal mereka memasuki zon merah R3, kira-kira 100 batu nautika dari Gaza, malam tadi.
Empat rakyat Malaysia lain dilaporkan berada di atas kapal Jong sebagai pemerhati di luar zon merah, iaitu Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, Mazian Seman, Serieffa Mushtafa Albakry dan Ariff Budiman.
-- BERNAMA

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami