Keputusan kerajaan membenarkan perkhidmatan teksi motosikal beroperasi merupakan satu langkah positif.

Bagi pengendali dan pengasas Dego Ride, Nabil Feisal Bamadhaj, beliau berbesar hati dan menghormati sokongan yang diberikan oleh kerajaan dalam isu berkenaan.

“Saya hormati sokongan serta langkah positif daripada semua menteri dan kementerian dalam inisiatif ini dan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mengetuai perkara ini.

"Terima kasih ikhlas dari hati saya atas sokongan penuh terhadap bakat Malaysia," katanya dalam satu kenyataan di akaun Facebooknya.


Saddiq Syed pada Isnin berkata perkhidmatan teksi motosikal satu langkah terbaik buat golongan 'mat motor' di negara ini untuk menjana pendapatan demi kelangsungan hidup.

BACA: Gojek peluang buat mat motor jana pendapatan - Syed Saddiq

Kabinet pada dasarnya dilaporkan bersetuju dengan cadangan mewujudkan perkhidmatan teksi motosikal dan kajian dari sudut undang-undang dilakukan sebelum ia dilaksanakan.

BACA: Kabinet setuju pelaksanaan gojek - Redzuan

BACA: Kaji betul-betul sebelum laksana gojek dalam Malaysia





Nabil Feisal yang juga Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas MyInteractiveLab Sdn Bhd turut mengharapkan berita gembira apabila Kabinet membuat keputusan dan melengkapkan proses serta rangka kerja berhubung perkara ini.

"Kita nantikan keputusan Kabinet, proses dan rangka kerja berhubung perkara ini. Diharapkan berita baik akan menyusul," katanya lagi.

Pada 2017, perkhidmatan teksi motosikal kelolaannya Dego Ride tidak dibenarkan beroperasi atas faktor keselamatan penunggang dan pembonceng.

BACA: Dego Ride tidak dibenar operasi demi keselamatan penunggang, pembonceng

BACA: JPJ beri amaran sita motosikal Dego Ride yang masih beroperasi

BACA: Dego Ride: Malaysia contohi negara maju