SUNGAI PETANI: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengajak golongan belia di negara ini untuk mendaftarkan diri menjadi sukarelawan di bawah Skuad Sukarelawan Anak Malaysia (Satria) yang sedia berkhidmat untuk membantu sewaktu bencana banjir.
Menterinya Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata pasukan sukarelawan itu telah lama diwujudkan oleh Jabatan Belia dan Sukan, namun penjenamaan nama semula sebagai Satria baru sahaja dilakukan sebagai usaha untuk menghargai mereka yang menjadi sukarelawan KBS.
"Pasukan sukarelawan ini telah diwujudkan lebih awal lagi tetapi baru buat penjenamaan nama semula. Kami tukar nama itu kerana sebelum ini mereka dipanggil sebagai sukarelawan, jadi kami mahu beri nama kepada hero-hero negara yang tidak didendang ini dan nama Satria paling sesuai dan tepat.
"Mereka ini akan turun membantu terutamanya ketika bencana berlaku termasuk kejadian banjir. Kami akan beri latihan dan pendedahan kepada mereka bagi memastikan pergerakan Satria ini adalah teratur dan berstruktur," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Terdahulu, beliau menghadiri Karnival Prihatin Negara 2022 di Dataran Amanjaya Mall, di sini yang dirasmikan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Beliau berkata, sehingga kini lebih 300,000 golongan belia telah berdaftar menjadi sukarelawan KBS dan KBS berharap lebih ramai golongan itu akan menyertai Satria selepas ini.
"Mereka ini bukan membantu ketika bencana sahaja, ia turut melibatkan program lain. Contohnya, seramai 700 Satria ditugaskan untuk membantu melancarkan perjalanan Sukan Malaysia (Sukma) 2022 yang berlangsung dari 16 hingga 24 Sept.
"Saya tidak letakkan satu sasaran bagi jumlah belia untuk sertai Satria ini tetapi lebih ramai lebih bagus supaya kita semua dapat sama-sama terlibat dalam fardu kifayah dan membantu masyarakat yang dalam kesusahan," katanya.
Dalam perkembangan sama, Muhammad Sanusi berkata kerajaan negeri telah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi sebarang kemungkinan bencana yang mungkin berlaku ketika musim tengkujuh akan datang.
"Kami telah bersedia sepenuhnya seperti tahun-tahun sebelum ini berdasarkan arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) akan mengendalikan bilik gerakan sekiranya bencana berlaku," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 23 2022
Ahmad Faizal berkata, penjenamaan nama semula sebagai Satria baru sahaja dilakukan sebagai usaha untuk menghargai mereka yang menjadi sukarelawan KBS. - Gambar fail
Pelaksanaan VAR berjalan lancar setakat minggu ketiga Liga Super
Selepas minggu ketiga perlawanan Liga Super, pelaksanaan Video Bantuan Pengadil (VAR) dilihat berjalan lancar.
Pasangan kekasih abaikan bayi tukar pengakuan kepada tidak bersalah
Sepasang kekasih yang sebelum ini mengaku bersalah atas pertuduhan mengabaikan bayi lelaki mereka, menukar pengakuan kepada tidak bersalah.
Anda kini boleh label kandungan dijana AI pada Facebook, Instagram
Sistem Meta sendiri akan mengimbas mengikut pelbagai piawaian penjana kecerdasan buatan.
Dua pegawai polis didakwa kes rasuah RM1.25 juta untuk tutup kes
Dua pegawai polis mengaku tidak bersalah melibatkan kes rasuah RM1.25 juta untuk menutup siasatan seorang ahli perniagaan berhubung kes mata wang kripto bagi pembelian senjata api oleh warga Israel.
Kerajaan muktamad penggunaan kod QR selepas tamat tempoh percubaan - Fadillah
Fasa pertama Sistem Kod QR itu yang melibatkan warganegara Malaysia di BSI dan KSAB bagi mod perjalanan bas dan motosikal akan mula dilaksana bermula Sabtu ini.
Pulau Silikon hak mutlak kerajaan Pulau Pinang
Tanah Pulau Silikon seluas 930.78 hektar adalah milik penuh kerajaan Pulau Pinang.
Pelancaran satelit peninjau tentera terbaharu Korea Utara gagal
Tentera Korea Selatan mengeluarkan satu rakaman video yang didakwa memaparkan percubaan terbaharu Korea Utara yang dilapor melancarkan satelit peninjau tentera terbaharunya.
Pakistan catat suhu lebih 52 darjah Celsius
Suhu meningkat melebihi 52 darjah Celsius di wilayah Sindh di selatan Pakistan, bacaan tertinggi sepanjang musim panas kali ini dan menghampiri rekod tertinggi negara itu, menurut agensi cuacanya.
16 nyawa terkorban di India dan Bangladesh akibat puting beliung
Sekurang-kuranganya 16 dilaporkan terkorban sementara jutaan terjejas akibat terputus bekalan kuasa susulan angin kencang dan hujan lebat mencetuskan taufan besar pertama tahun ini, melanda pantai India dan Bangladesh pada Isnin.
Dua pegawai kanan polis didakwa terima rasuah RM1.25 juta
Ketua Penolong Pengarah Siasatan Perakaunan Forensik dan Ketua Unit Siasatan Jenayah Cryptocurrency, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pada Selasa.
100 sukarelawan YBR gotong-royong bersihkan Zoo Melaka
Aktiviti kesukarelawanan itu juga melibatkan pembersihan kandang dan pemberian makan kepada haiwan dan membaik pulih taman permainan.
Raja Permaisuri Agong akan terus terlibat dalam pengurusan Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor
Raja Zarith Sofiah bertitah baginda akan terus terlibat secara langsung dalam pengurusan Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (YKTLJ) walaupun kini berperanan sebagai Raja Permaisuri Agong.
Kerajaan Turkiye laksana 5,533 aktiviti selepas kejadian gempa bumi
Aktiviti itu melibatkan penyertaan pakar kesihatan mental, sukarelawan, pendidik dan jurulatih untuk 420,236 mangsa.
Kerosakan lapan sekolah di Dungun dianggar RM1 juta
Sebanyak lapan sekolah di daerah Dungun terjejas teruk akibat banjir, dengan kerugian dianggarkan hampir RM1 juta.
300 sukarelawan Pemuda UMNO laksana misi pascabanjir di Dungun
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia melalui Skuad Sabil menggerakkan 300 ahlinya bagi membantu mangsa banjir di daerah Dungun, hari ini.
Pasukan Belantara redah banjir bantu pindah mangsa
Sebanyak lima kenderaan pacuan empat roda milik anggota kelab itu secara sukarela terlibat dalam usaha memindahkan mangsa.
Pendaftaran sukarelawan Paramedik Komuniti bermula Januari
Program Paramedik Komuniti menyasarkan penyertaan sukarelawan di 339 kampung.
Sukarelawan perubatan Indonesia di Gaza sedia berpindah
Tiga rakyat Indonesia di Hospital Indonesia di Gaza Utara sedang membuat persiapan untuk berpindah ke selatan Gaza.
38,000 sukarelawan SV sedia digerakkan bantu banjir di Johor
Datuk On Jabbar berkata bantuan sukarelawan SV, meliputi persediaan sebelum, semasa dan pasca banjir.
Lebih 2,000 orang hilang, Gaza perlukan segera pasukan pertahanan awam
"Kami tidak mempunyai sukarelawan dan jentera berat yang mencukupi untuk membantu mencari dan mengeluarkan mereka yang terperangkap di bawah runtuhan."