awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Grab Malaysia sumbang RM1 juta untuk Program Bantuan Kemanusiaan Gaza

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
06/11/2023
08:01 MYT
Grab Malaysia sumbang RM1 juta untuk Program Bantuan Kemanusiaan Gaza
Grab Malaysia menyalurkan bantuan kewangan bernilai RM1 juta bagi memenuhi keperluan mendesak penduduk di Gaza. -foto Grab.com
KUALA LUMPUR: Grab Malaysia menyalurkan bantuan kewangan bernilai RM1 juta bagi memenuhi keperluan mendesak penduduk di Gaza yang terkesan akibat kemelut Palestin-Israel yang terus meruncing.
Dalam kenyataan yang dikongsikan di media sosial, platform perkhidmatan e-hailing itu turut memaklumkan orang ramai boleh turut serta menyalurkan bantuan kewangan menerusi aplikasi berkenaan.
"Bagi mengatasi keperluan mendesak yang dihadapi oleh komuniti rentan yang terjejas di Gaza (Palestin), berikutan konflik yang berterusan, Grab Malaysia akan menyumbang bantuan kewangan bernilai RM1 juta melalui MERCY Malaysia.
"Pengguna Grab juga boleh menyumbang melalui GrabPay atau menukar GrabRewards mereka untuk menyokong usaha MERCY Malaysia, sekali gus menyumbang untuk membuat perubahan yang nyata dalam kehidupan individu yang terjejas," katanya.
Grab Malaysia Menyumbang RM1 juta kepada Program Bantuan Kemanusiaan Gaza @MERCYMalaysia pic.twitter.com/nRJdCo2zQr
— Grab Malaysia (@GrabMY) November 6, 2023
Grab Malaysia dalam kenyataan yang sama turut menyatakan bantuan keperluan yang diberi keutamaan melibatkan penyediaan akses kepada perubatan, makanan, dan bekalan air
Syarikat itu turut mengulangi komitmennya kepada prinsip kemanusiaan dan keamanan, dan secara keras menentang sebarang keganasan yang melanggar hak asasi manusia.
"Selain itu, bermula 8 November 2023 hingga 8 Mei 2024, Grab akan memadankan jumlah yang didermakan kepada Tabung Bantuan Palestin MERCY Malaysia melalui GrabRewards, sebagaimana pelaksanaan sumbangan amal melalui GrabRewards sebelum ini," tambah kenyataan itu lagi.
Topic Berkaitan
#Palestin
#Gaza
#Grab Malaysia
#mercy malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan