SHAH ALAM: Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin bertitah agar para graduan dapat memainkan peranan masing-masing secara intelek, bagi memastikan Malaysia kekal sebagai negara berdaulat.
Tengku Permaisuri Norashikin yang juga Pro-Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) bertitah mengingatkan graduan sebagai golongan intelek agar jangan sesekali membiarkan negara dalam keadaan porak-peranda, kacau-bilau, dan hilang segala-galanya.
"Salah satu daripada caranya ialah dengan bersatu padu sesama kita rakyat Malaysia. Jika kita tidak bersatu, kita tidak akan mampu mempertahankan negara kita ini daripada pelbagai bentuk ancaman yang datang daripada pihak yang mahu melihat negara kita ini jatuh dan hancur," titah baginda pada hari kedua Istiadat Konvokesyen UiTM ke-93 di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM Shah Alam hari ini.
Tengku Permaisuri Norashikin bertitah, ibu bapa juga perlu memainkan peranan dengan terus membimbing anak-anak dan sentiasa menegur agar mereka tidak melupakan asal usul.
"Ibu bapalah yang membimbing mereka sejak kecil, sehingga berjaya pada hari ini. Saya berharap, ibu bapa tidak akan berhenti membimbing anak-anak setakat ini sahaja. Tegurlah mereka, dari jauh mahu pun dekat, agar mereka tidak akan lupa asal usul mereka," titahnya.
Tengku Permaisuri percaya di bawah pimpinan Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Roziah Mohd Janor, universiti itu mampu mencapai hasrat menjadi Globally Renowned University pada 2025.
"Sudah terbukti, pada tahun 2022 ini, walaupun dalam suasana dunia dilanda pandemik COVID-19, UiTM berjaya berada di kedudukan 105 dalam QS Asia University Rankings dan kedudukan 651-701 dalam QS World University Rankings.
"Ini bermakna, dengan pencapaian ini, UiTM berada pada landasan yang betul dan tepat untuk menjadi universiti terkemuka dunia. Saya akan bersama-sama UiTM untuk memberi komitmen dan kerjasama agar cita-cita ini dapat dicapai pada tahun 2025 nanti," titah baginda.
Terdahulu, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menyampaikan Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda kepada 1,124 graduan. - BERNAMA
Bernama
Wed Jun 15 2022
Tengku Permaisuri Norashikin bertitah agar para graduan dapat memainkan peranan masing-masing secara intelek, bagi memastikan Malaysia kekal sebagai negara berdaulat. - Gambar Selangor Royal Office
Malaysia alu-alukan laporan akhir kumpulan penilai bebas berkenaan UNRWA
Menurut kenyataan itu, laporan tersebut menolak dengan tegasnya tuduhan Israel yang mengaitkan penglibatan kakitangan PBB dengan organisasi pengganas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pang Sock Tao diumum calon Kerajaan Perpaduan
Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Lebih 400 kes difailkan di mahkamah terhadap kerajaan Sabah
Sebanyak 110 kes dimenangi oleh kerajaan negeri termasuk kes yang telah dibuang dan diketepi oleh mahkamah, manakala tiga kes lagi berkeputusan kalah.
Permohonan pekebun Musang King cabar notis kosongkan tanah ditolak
Hakim Datuk Mohd Radzi Harun memutuskan bahawa pekebun terbabit tidak mempunyai hak dari segi undang-undang untuk berada di tanah berkenaan.
Mendiang Sivasutan anak yang sangat baik, tidak tolak permintaan orang tua - Bapa
"Bukan sahaja jasad pergi... tetapi segala keseronokan, kebaikan dan kegembiraan dia bawa bersama."
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM | Pengedaran dadah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak, tahan dua lelaki
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Umat Islam perlu celik digital untuk tunai umrah
Forum Umrah dan Ziarah 2024, kali ini diadakan di Madinah menjadi platform penting bagi mengumpulkan semua pemain industri perkhidmatan
Panggilan ‘daddy’ di pengebumian wira Wan Rezaudeen Kamal buat orang ramai sebak
Antara yang turut mengiringi perjalanan terakhir Allahyarham adalah Menteri Pertahanan, Mohamed Khaled Nordin.
AWANI Tonight: Bridging gaps in AUKU for better student empowerment
Amendments to the Universities and University Colleges Act give students more autonomy in managing their associations’ finances. Rasydan Mohd Hassan, formerly of the National Student Consultative Council, explains what this means for student empowerment.
Sultan Selangor ziarah Raja Perlis di Arau
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat menziarahi Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau, Perlis.
Tengku Permaisuri Selangor berkenan hadiri majlis ‘Hijab Fashion Award’
Penganjuran program itu bagi mengiktiraf kejayaan wanita dalam bidang fesyen hijab dan pencapaian mereka mengubah landskap fesyen sopan di tanah air.
Tengku Permaisuri Selangor berangkat hadiri World #QuranConvention
Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin hari ini berangkat menghadiri The World #QuranConvention 4.0, di sini hari ini.
Tengku Permaisuri Selangor berkenan rasmi Pameran Rahsia Kebaya
Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan merasmikan Pameran Rahsia Kebaya yang berlangsung di Muzium Tekstil Negara.
Universiti perlu tingkat kualiti pengajaran, pembelajaran - Tengku Permaisuri Selangor
Peningkatan kualiti tersebut bertujuan untuk memastikan pelajar khususnya, diberikan sokongan untuk memahami kandungan pengajaran dengan baik.
Tengku Permaisuri Selangor berkenan rasmi Taman Kucing Cyberjaya
Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan merasmikan Taman Kucing Cyberjaya di Taman Tasik Cyberjaya hari ini.
Tengku Permaisuri Selangor titah baiki pengurusan pusat kurungan haiwan terbiar
Teliti pendekatan baharu yang lebih holistik dalam menguruskan pusat kurungan haiwan terbiar.
Fazura terima potret keluarga kurniaan Sultan Selangor, Tengku Permasuri
Fazura sifatkan kurniaan hadiah tersebut sebagai sebuah kenangan yang bermakna dan akan diabadikan dalam hidupnya.
Sultan Selangor, Tengku Permaisuri zahir ucapan takziah atas kemangkatan Ratu Elizabeth II
Ratu Elizabeth II akan sentiasa dikenang dengan penuh penghormatan, titah Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin.
Tengku Permaisuri Selangor titah pulihkan kembali seni sulaman kelingkan
Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin bertitah agar usaha bagi memulih kembali warisan dan tekstil seni sulaman kelingkan diadakan dalam kalangan rakyat negeri itu.