GSF: Sultan Selangor zahir kesyukuran, cadang pengalaman aktivis negara dibukukan

Sultan Sharafuddin menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri yang berjaya menguruskan pembebasan kesemua aktivis negara dengan segera hasil kerjasama dengan Kerajaan Turkiye. - Foto Selangor Royal Office
KUALA LUMPUR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menzahirkan kesyukuran selepas kesemua 23 aktivis negara yang menyertai Global Sumud Flotilla (GSF) selamat pulang ke tanah air.
Ringkasan AI
- Sultan Selangor zahir kesyukuran atas kepulangan 23 aktivis Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) selepas ditahan rejim Zionis Israel ketika menuju ke Gaza.
- Baginda hargai usaha Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang berjaya menguruskan pembebasan aktivis dengan kerjasama Turkiye, serta kagum dengan semangat perjuangan kemanusiaan mereka.
- Sultan cadang pengalaman aktivis dibukukan sebagai pedoman rakyat, dan berharap usaha GSF terus membuka mata dunia terhadap penindasan rejim Zionis walaupun bantuan tidak sampai ke Gaza.
Sebagai rujukan dan pedoman kepada rakyat Malaysia, baginda turut berkenan mencadangkan agar 23 aktivis berkenaan menulis dan menggabungkan pengalaman perjalanan mereka dalam sebuah buku, khususnya pengalaman ketika dalam tahanan rejim Zionis.
“Baginda amat menghargai dan kagum dengan usaha serta kesungguhan yang ditunjukkan oleh 23 aktivis Malaysia yang terlibat, serta kesemua misi sukarela yang dikendalikan oleh GSF, demi membantu rakyat Palestin yang masih ditindas oleh rejim Zionis,” titah baginda dalam kenyataan itu.
Sultan Selangor turut bertitah, meskipun bantuan kemanusiaan kali ini tidak dapat disalurkan kepada rakyat Gaza, baginda berharap usaha-usaha yang dilakukan oleh GSF akan terus membuka mata dunia.
Baginda bertitah, usaha itu diharap menyedarkan semua pihak mengenai penindasan dan kekejaman sebenar yang dilakukan oleh rejim Zionis terhadap rakyat Gaza.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami