awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gua Pelangi akan dibangunkan sebagai pakej geotrail

Bernama
Bernama
25/07/2024
23:30 MYT
Gua Pelangi akan dibangunkan sebagai pakej geotrail
Pada 2015 sekumpulan penyelidik dari USM menemukan artifak prasejarah di Gua Pelangi yang berusia 14,000 tahun. - Foto BERNAMA
JELEBU: Tapak kajian arkeologi Gua Pelangi di Felda Pasoh 4 di sini akan dibangunkan sebagai pakej geotrail bagi mempromosikan ekopelancongan di Negeri Sembilan.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri Nicole Tan Lee Koon berkata penemuan artifak bersejarah berusia 14,000 tahun di Gua Pelangi pada 2015 memberikan elemen sebagai sebuah kawasan geotrail.
"Elemen bersejarah sudah ada cuma ia perlu dilengkapkan contohnya dari segi papan tanda, latihan untuk jurupandu dan kemudahan asas. Saya juga berpendapat perlu ada sebuah galeri bagi menempatkan artifak ditemukan dalam penyelidikan sebelum ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas lawatan ke Gua Pelangi bersama Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS), Jabatan Perhutanan negeri serta Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia pada Khamis.
Dalam pada itu, Tan berkata pihaknya sedang berusaha mencari dana bagi melengkapkan fasa penyelidikan artifak di Gua Pelangi serta merancang membentangkannya pada Belanjawan Negeri Sembilan akan datang.
Media pada 2015 melaporkan sekumpulan penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) menemukan artifak prasejarah di Gua Pelangi yang berusia 14,000 tahun termasuk peralatan seperti kapak batu dan sisa makanan manusia prasejarah seperti rusa dan siput sedut.
Terletak 20 kilometer daripada pekan Jelebu, penemuan artifak itu penting dalam menerangkan asal usul Negeri Sembilan dan daerah Jelebu itu sendiri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gua Pelangi
#LMNS
#mencari dana
#kawasan geotrail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan